suria

‘Ejen’ bantu carikan kerja di Singapura, letak syarat pelik bayar RM150 baru boleh bagi butiran lanjut pekerjaan

Ramai rakyat Malaysia suka bekerja di Singapura kerana gaji lebih tinggi. -Gambar hiasan

TAWARAN gaji lumayan pastinya membuatkan ramai yang berlumba-lumba mahu bekerja di Singapura.

Maklumlah, dengan mata wang dolar Singapura lebih kukuh berbanding ringgit menjadikan nilai pertukaran mata wang berlipat kali ganda.

Malah ada yang sanggup menjadi pekerja pembersihan (cleaner) dan pencuci pinggan, asalkan mereka mendapat peluang pekerjaan di negara Republik itu.

Pekerjaan seperti pekerja pembersihan dan pencuci pinggan turut mendapat perhatian di Singapura. -Gambar hiasan

Namun apa yang tidak sedap didengar apabila ada individu cuba mengambil kesempatan dengan mendakwa diri mereka sebagai ejen pekerjaan.

"Guys, ada ada sesiapa berminat nak kerja F&B (makanan dan minuman) kafe jawatan pembantu kedai, kru kafe, barista. Utamakan yang ada pengalaman.

"Tapi perlu kerja naik motosikal atau yang ingin tinggal di Singapura saja. Saya ada 'lubang' kerja di sana sekarang ni. Siapa cepat dia dapat," katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Gaji lumayan, jadi ‘cleaner’ pun sanggup! Pemuda nak sangat kerja di Singapura, tawar saguhati jika bantu dapatkan pekerjaan

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda lepasan SPM merungut tak dapat kerja cuci pinggan di Singapura... Geram majikan hanya cari graduan ijazah!

Menurutnya, mereka yang berminat untuk memohon kerja di negara jiran itu perlu menghantar mesej kepadanya secara langsung (PM) bagi urusan permohonan.

"Berminat boleh PM, saya bagi nombor (telefon) direct bos kafe tersebut dan perlu hantar resume. Dan perlu fi komisyen, bukan scammer okay," ujarnya.

Rakyat Malaysia berulang-alik bekerja di Singapura. -Gambar hiasan

Bagaimanapun seorang pengguna Facebook mendedahkan 'iklan' tersebut sekadar cara mudah untuk mereka mendapatkan wang kononnya fi daripada pencari kerja.

Menerusi tangkap layar mesej dengan 'ejen' berkenaan, dia diminta untuk membayar sejumlah fi terlebih dahulu sebelum diberikan butiran lanjut mengenai kekosongan jawatan dan sesi temuduga.

Kalau confirm dapat, baru bayar okay juga. Ini main passing nombor telefon je.

WARGA MAYA

"Kalau betul bro berminat, kena PM direct dengan bos kafe tu. Lepas tu butiran pasal gaji semua, bos yang akan perjelaskan.

"Bro nak nombor telefon bos kafe tu, bro kena bayar fi dengan saya RM150, lepas tu saya bagi nombor telefon dia," katanya lagi.

Memuat naik tangkap layar perbualan bersama 'ejen' berkenaan, pemuda itu menasihatkan orang ramai agar berhati-hati apabila mahu mendapatkan peluang pekerjaan daripada pihak ketiga.

"Zaman sekarang nak buat duit, senang je. Jadi guys, hati-hati," katanya di Facebook.

Tangkap layar mesej antara pencari kerja dan 'ejen' berkenaan. Sumber Facebook

Di ruangan komen, rata-rata warga maya terkejut dengan taktik penipuan sebegitu kerana tiada jaminan mereka yang membayar fi akan mendapat pekerjaan di negara itu.

"Bayar fi RM150 tu belum tentu dapat lagi kerjanya.

"Kau nak caj pun beragaklah. Belum lagi interview, belum dapat kerja lagi kot. Kelakar betul.

"Kalau confirm dapat, baru bayar okay juga. Ini main passing nombor telefon je," demikian antara komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia