KETIKA dirasakan hidup sarat dengan pelbagai kesulitan, nescaya ada insan lain yang lebih berat diuji. Demikianlah pengajaran yang diperoleh seorang lelaki dikenali sebagai Faizal Danial ketika singgah di sebuah stesen minyak sekitar EduCity, Nusajaya, Johor. Menerusi satu hantaran tular di laman TikTok, Faizal menjelaskan dia berhenti sebentar untuk menunaikan solat Isyak, sebelum dia ditemukan dengan sebuah keluarga kecil yang menyayat hati keadaannya. Wanita bersama anaknya tiba untuk mengisi minyak. "Lepas habis solat, aku berjalan pergi ke kereta, tiba-tiba nampak seorang ibu ni baru sampai nak isi minyak bersama dua orang anaknya. Seorang bayi dan seorang lagi budak. "Perkara menarik perhatian aku apabila wanita tu menunggang motosikal sambil mengendong bayi yang umurnya seperti tak sampai setahun lagi, manakala seorang lagi anaknya aku anggarkan antara dua hingga tiga tahun. "Apabila aku masuk dalam kereta, aku perhatikan dari jauh gelagat keluarga tu. Aku rasa kesian, tak bahaya ke tunggang motosikal sambil bawa bayi macam tu? Aku pun turun dari kereta dan cuba tawarkan mereka bantuan. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terkedu saksi lelaki miskin! Sanggup minta 50 sen nak isi minyak motosikal, tak sedap hati suami cuma bagi RM3 ARTIKEL BERKAITAN: Tak cukup RM3, warga emas terkial-kial seluk poket depan kaunter bayaran... Orang belakang buat tak tahu, sanggup beratur 15 minit "Aku tanya dulu mereka nak ke mana, kemudian aku cakap aku boleh tolong bawakan bayi dan budak tu guna kereta, lebih selamat. Si ibu pula boleh ikut dari belakang dengan menaiki motosikal," ujar Faizal bermurah hati. Namun tawaran Faizal ditolak wanita tersebut. "Aku pun masuk semula ke dalam kereta dengan perasaan sedih sebab tak dapat tolong ibu tu. Apabila mereka dah selesai isi minyak, aku cuba ikut senyap-senyap, nak tengok dekat mana kawasan rumah mereka. "Mula-mula aku ingat di sekitar situ je, tapi apabila aku mengekori, rupanya mereka naik lebuh raya menghala ke Taman Perling, Johor. Aku tak ikut rapat pun sebab risau dia perasan dan nanti dia panik. Dulu aku pernah berada dalam situasi begini, bawa anak ke hulu ke hilir untuk cari rezeki, bekas suami langsung tak boleh diharapkan. WARGA MAYA "Untuk makluman, lebuh raya ini banyak digunakan motosikal dan lori yang baru balik kerja dari SIngapura. Dalam 15 minit aku ikut belakang, akhirnya sampai di Tol Perling. "Tiba-tiba kedengaran ramai pengguna lebuh raya hon dekat ibu tu sebab dia tunggang motosikal sekejap ke tengah dan sekejap ke tepi. Kesian sangat aku perhatikan," kata Faizal hiba. Susulan daripada insiden itu, Faisal bermuhasabah diri dan mengharapkan yang terbaik untuk keluarga tersebut. "Ada kalanya kita rasakan diri ini dah cukup susah, tapi beringatlah dekat luar sana pasti ada yang lebih susah daripada kita. Pelayar bertukar pandangan. "Kalau ibu tu perlukan bantuan, kita sedia untuk bantu apa yang termampu. Kesian sangat tengok bayi dia, bahaya sebenarnya untuk bawa motosikal dalam keadaan macam tu," ujar Faizal mengakhiri kata. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut menzahirkan rasa sayu dan berkongsikan pengalaman pahit yang hampir serupa pada masa lalu. "Ya Allah, tolonglah sesiapa sedekahkan baby carrier untuk mereka, bahaya betul bawa bayi atas motosikal macam tu. Semoga mereka anak-beranak sentiasa dilindungi. "Tindakan yang bijak abang ni untuk ikut dari belakang, risau kalau ada perkara buruk terjadi. Lebih baik jika buka terus lampu kecemasan dekat kereta dan iringi motosikal tu sampai ke rumah. "Aku dulu pernah berada dalam situasi begini, bawa anak ke hulu ke hilir untuk cari rezeki, bekas suami langsung tak boleh diharapkan. Semoga semua ibu tunggal di luar sana terus dimurahkan rezeki," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube