suria

Suami tak tinggal solat, pandai jaga nafkah batin akhirnya kantoi curang! Isteri cekal hati, rela tolong meminang asalkan jujur

Wanita diuji dengan konflik rumah tangga. -Gambar hiasan

SETIAP pasangan pasti mengimpikan perkahwinan yang bahagia.

Walaupun dikurniakan jodoh yang baik, datangnya daripada keluarga baik-baik, namun dugaan itu boleh berlaku pada bila-bila masa.

Berat untuk diluahkan, namun itulah yang dialami seorang isteri apabila kecewa selepas mengetahui suaminya menjalinkan hubungan sulit dengan perempuan lain.

"Suami kantoi curang dua bulan lepas. Kami bercinta lama empat tahun tapi tak pernah dia kantoi. Mungkin, dah jodoh agaknya.

"Apabila dah kantoi, saya rasa terduduk. Macam susah nak percaya," katanya menerusi satu luahan di laman X.

Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan

Bagi wanita berusia 29 tahun itu, dia sukar untuk mempercayai apa yang berlaku kerana selama ini suaminya melayaninya dengan baik.

"Dia seorang suami yang baik. Jaga solat, jaga batin isteri dan kerja rumah, semua dia tolong. Hubungan intim pun okay," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tahu akan dibenci” - Pengantin perempuan buat pengakuan, orang ketiga punca tak muncul majlis kahwin!

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda tak ingin kahwin lepas dapat tahu bakal isteri ditangkap basah tepi tasik... Makin geram duit hantaran pun lebur!

Pada mulanya dia nekad untuk berpisah, namun suaminya mengakui kesilapan dan bersungguh-sungguh mahu bertaubat.

Enggan membuat keputusan terburu-buru, dia kemudian mendapatkan khidmat nasihat dan pandangan daripada seorang kaunselor.

"Dia (kaunselor) beritahu yang suami berhak ada peluang kedua. Tidak dinafikan, saya pun masih sayangkan dia.

"Saya dah beritahu suami, kalau dia nak dengan perempuan lain, tolong beritahu. Saya boleh tolong lamarkan.

"Kalau saya mampu, saya akan bermadu. Kalau saya tak mampu, saya akan pergi dan berpisah secara baik," tambahnya.

Kalau saya mampu, saya akan bermadu. Kalau tak, saya akan pergi dan berpisah secara baik.

ISTERI

Berat hati untuk menerima takdir, tapi dia sendiri tidak mahu suaminya melakukan maksiat.

"Saya beritahu dia... ibu awak baik, ayah awak baik. Famili kita baik-baik. Saya nak abah yang baik juga untuk bakal anak saya.

Lelaki menunaikan kewajipan bersolat. -Gambar hiasan

"Saya tak reti silent treatment apabila bergaduh. Biar dia dapat tengok sendiri 'luka' yang dia bagi pada saya.

"Kami berdua menangis, dan kami sama-sama solat taubat," katanya lagi.

Menurut wanita itu lagi, tiada siapa yang tahu mengenai kecurangan suaminya melainkan ibu mentuanya sendiri.

"Saya cuma beritahu ibu mentua yang suami bercinta dengan orang lain. Teruk dia kena marah sampai ibu mentua menangis.

"Tapi saya tak aibkan dia pada sesiapa. Saya beritahu dia, jika berlaku lagi (curang), saya akan pergi. Walaupun masa tu kita dah ada baby, saya tahu saya dah cukup kuat," luahnya mengakhiri bicara.

Sebagai peringatan, janganlah seseorang itu menghampiri zina dan perbuatan zina itu adalah dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain