suria

Nenek rambut panjang ‘bersarang’ di parkir kereta... Laungan azan berkumandang di setiap penjuru kilang

Pasukan Nur Zikir melaungkan azan di parkir sebuah kilang.

BUNTU setelah pelbagai ikhtiar untuk menghalau gangguan makhluk halus tidak berjaya, pemilik sebuah premis kilang akhirnya mendapatkan bantuan sebuah pusat rawatan Islam.

Menerusi satu perkongsian di TikTok milik Pusat Rawatan Nur Zikir, pasukan mereka diminta pemilik premis berbangsa Cina untuk membantu 'membersihkan' kawasan kilang yang bertempat di Shah Alam.

"Bos kilang Cina panggil pasukan Nur Zikir buat pembersihan serta pemagaran tapak parkir kereta. Katanya kilang itu diganggu dengan kelibat nenek tua berambut panjang di kawasan itu," jelasnya.

Ahli pasukan mengambil posisi di beberapa sudut parkir untuk melaungkan azan.

Berdasarkan rakaman, sekumpulan lelaki dilihat melaungkan azan secara serentak di beberapa penjuru di kawasan parkir.

Kata pasukan Nur Zikir, mereka yang terkenal dengan kebolehan berkaitan ilmu ghaib ini dipanggil untuk membantu menyelesaikan masalah gangguan mistik sebagai ikhtiar akhir.

Sebelum ini, majikan kilang itu dikatakan sudah melakukan pelbagai ikhtiar untuk mengusir entiti yang didakwa mengganggu ketenteraman, namun segala usaha hanyalah sia-sia.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlupa azan lepas masuk homestay, 5 keluarga ‘ditegur’ perempuan mengilai! Entiti hitam dalam foto rungkai jawapan

ARTIKEL BERKAITAN: Nak ‘on trek’ waktu malam, pendaki disuruh laung azan dulu... Tapi pekerja perhutanan kata mengarut, hanya undang bahaya!

"Syukur selepas selesai ikhtiar daripada team kami, gangguan sudah tiada dan bos berbangsa Cina itu meminta kami buat pemagaran lagi di beberapa kilangnya di lokasi yang lain," katanya.

Hantaran dikongsikan ini meraih pelbagai reaksi netizen.

Rata-rata berpendapat teknik laungan azan di setiap penjuru itu sememangnya langkah terbaik bagi tujuan pemagaran daripada makhluk halus.

Jangan kita lupa di bumi ini ada makhluk lain yang tinggal selain manusia... jadi jagalah adab walau di mana kita berada.

NETIZEN

"Kalau sudah azan macam ni jangan kata nenek kebayan... dengan datuk-datuk dia pun pindah tempat lain.

"Jangan kita lupa di bumi ini ada makhluk lain yang tinggal selain manusia... jadi jagalah adab walau di mana kita berada.

"Bukan senang nak tengok apatah lagi nak dengar anak-anak muda laungkan azan. Kan bagus anak-anak muda zaman sekarang ni berebut-rebut ke surau atau masjid untuk azan," kata netizen.

Komen netizen pada video.

Kisah ini menunjukkan bagaimana masyarakat berbilang bangsa dan agama hidup dengan penuh harmoni dan saling bantu-membantu.

Islam juga tidak membataskan kita untuk membantu penganut lain selagi ianya tidak bertentangan dengan akidah Islam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia