BAGAIKAN trend, mesin penapis air kini sudah menjadi keperluan di kebanyakan rumah. Bukan sahaja untuk memastikan bekalan air diperoleh dari sumber lebih bersih, malah ramai menggunakannya untuk kemudahan masing-masing. Namun apa yang tidak enak didengar apabila terdapat segelintir ejen bagi perkhidmatan tersebut didakwa mengambil kesempatan terhadap langganan servis pelanggan. Seorang pemuda memaklumkan dia menggunakan satu produk penapis air di rumahnya, sambil menambah tempoh servis berdasarkan kontrak sudah pun berakhir. Sejumlah wang diperuntukkan bagi mendapatkan servis yang terbaik. -Gambar hiasan Umum mengetahui sepanjang tempoh kontrak, ejen akan datang ke rumah pelanggan secara berkala untuk melakukan servis pada mesin penapis air termasuk menukar 'filter'. "Paling aku tak percaya sampai sekarang adalah servis terakhir penapis air. Aku ada satu penapis air yang tinggal last bayar bulan tu. "Selepas tu datanglah juruteknik ni cakap nak buat servis terakhir. Aku bagi je la. Tapi lepas habis dia servis, air sejuk tak berfungsi pula," katanya menerusi satu hantaran di laman Threads. ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah gelabah lepas dengar kuliah, risau penapis air ada tulang babi... Mujur anak ‘siasat’ dulu, gesa pendakwah lebih beretika ARTIKEL BERKAITAN: “Apa kamu merepek ni?” - Pengguna usah terpengaruh penapis air ‘overclaim’, doktor pun guna jenis biasa je Susulan itu, dia kemudian menghubungi ejen berkenaan untuk datang semula ke rumahnya bagi membuat pemeriksaan dan membaiki penapis airnya. Bagaimanapun, maklum balas yang diterimanya daripada ejen sama amat tidak disangka-sangka. "Aku telefon technician tu suruh dia baiki balik, kau tau dia cakap apa? Dia cakap 'Maaf encik, kalau encik nak kita datang servis, encik kena ambil servis setahun, kena bayar dululah'. "Serius, aku rasa macam kena scam. Dia datang servis, lepas tu rosak, lepas tu suruh aku bayar," dakwanya lagi. Apa sahaja yang kita buat, kita kerja, pastikan peroleh keberkatan Allah SWT. WARGA MAYA Enggan mendedahkan penapis air yang digunakannya, namun dia hanya menyatakan produk tersebut mempunyai ramai pengguna. Bercerita lanjut, dia kemudian mencari maklumat mengenai 'servis terakhir' dan mendakwa ramai berdepan dengan situasi sama membabitkan produk berkenaan. "Asal servis last je terus rosak. Jadi korang kalau ada mesin penapis air tu setakat nak tukar filter tak payahlah panggil technician," katanya. Pemuda menerima mesej daripada ejen berkenaan. -Gambar hiasan Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya berkongsi pengalaman mereka menggunakan penapis air di rumah. "Sama dengan mesin air aku. Habis kontrak terus dua-dua fungsi panas dan sejuk tak ada. Geram betul. "Patutlah bila habis (kontrak) masing-masing sibuk suruh ambil yang baharu. Memang rosak terus bila habis bayar. Kami pakai di rumah, kedai makan, bila habis je jahanam terus. "Sebab dah baca pengalaman orang pasal ni, last servis baru ni aku duk dekat dengan orang tu masa dia tengah servis, berdiri sebelah ya (pantau)," demikian antara komen warga maya. Pada masa sama, ada yang menasihatkan mereka yang berkaitan supaya melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan jujur, dan bukannya menipu orang ramai. "Kalau orang yang bekerja, tahu halal haram. Andai dia buat khianat pada pelanggan dengan cara macam tu sebab syarikat ajar, baik jangan kerja seperti itu. Berhenti sajalah. "Kalau boleh kita hidup ni biarlah peroleh keberkatan Allah SWT. Apa sahaja yang kita buat, kita kerja, pastikan peroleh keberkatan Allah SWT," komen warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube