MANUSIA berkongsi alam ini dengan pelbagai makhluk lain. Selain binatang dan tumbuhan, wujud entiti seperti jin dan iblis mendampingi anak Adam yang lazimnya tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Melalui satu hantaran di laman TikTok, seorang wanita menceritakan pengalaman pahitnya melawat sebuah muzium di Pantai Timur. Setiap muzium mempunyai kisah tersendiri. -Gambar hiasan Wanita berkenaan mendakwa, dirinya dikurniakan kelebihan untuk melihat perkara ghaib, susulan itu dia berkata muzium terbabit mempunyai lambakan 'penghuni' yang tidak terlihat dengan pandangan biasa. "Biasalah tempat bersejarah, banyak barang lama dan antik. Tak mustahil artifak di situ mempunyai penunggu. Pengalaman saya sendiri pergi ke sebuah muzium di Pantai Timur, tempat itu mempunyai seni bina Melayu klasik. "Memang cantik tempatnya, sedap mata memandang. Tapi untuk orang macam saya yang terbuka 'hijab', agak menakutkan apa yang saya boleh lihat di muzium itu. ARTIKEL BERKAITAN: Katil digoncang, wanita sewa ‘homestay’ tepi pantai tak tidur malam! Mujur teringat pesan arwah datuk, sekali ‘seru’ terus senyap ARTIKEL BERKAITAN: Pindah dari Kelantan ke PJ, rumah sewa murah rupanya berhantu! Mulanya nak bertahan sebab ‘sayang deposit’, akhirnya ‘cabut’ juga "Hantunya mempunyai rupa jelik yang berusia sudah hampir seabad, ada juga yang beribu tahun. Saya dapat rasakan 'tenaga' mereka agak kuat dan sukar untuk dikawal," ujar wanita itu menggambarkan suasana dan perasaannya. Tambah wanita tersebut, ketika turun dari bas persiaran untuk memasuki muzium, dia sudah dapat merasai ada sesuatu yang tidak kena. "Langkah pertama saya turun dari bas, saya sudah disambut dengan 'tetamu' yang tidak dapat dilihat oleh mata manusia biasa. Buruk sangat rupanya, memang timbul rasa takut dalam hati ni. Kalau dah tahu 'hijab' terbuka, janganlah sesekali pergi muzium, lagi-lagi muzium perang. WARGA MAYA "Tak tahu macam mana nak terangkan rupa entiti itu dengan kata-kata. Paling takut hantu nenek kebayan yang saya jumpa pada bahagian pakaian tradisional di muzium tersebut. Nak je tutup mata waktu terserempak, dia siap pandang saya lagi. "Saya dah tak mampu nak sambung bercerita, ngeri sungguh, kesimpulannya saya trauma untuk pergi ke mana-mana muzium lagi selepas ni," kata wanita itu menutup bicara. Menjengah ke ruangan komen, warga maya menasihatkan mereka yang mempunyai 'mata ketiga' untuk menghindari lokasi berisiko seperti muzium. Pelayar berkongsi pengalaman. "Kalau dah tahu 'hijab' terbuka, janganlah sesekali pergi muzium, lagi-lagi muzium perang. Saya pernah nampak hantu separuh badan hancur, muka hancur dan bermacam bau hanyir darah. "Muzium di luar negara pun sama, saya sekali tu pergi ke muzium perang di Jepun, memang seram sejuk jadinya," demikian kata beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube