PERCERAIAN yang berlaku tidak bermakna seseorang lelaki itu terlepas daripada beban tanggungan ke atas anak-anaknya. Namun, seorang wanita di Facebook berkongsi kisahnya yang terpaksa menggugurkan beberapa tuntutan bagi membolehkan dia dilepaskan bekas suaminya. Dakwa pengadu, persetujuan itu menyebabkan anak-anaknya juga tidak akan mendapat nafkah daripada bapa mereka. Pasangan yang bercerai tidak sepatutnya menafikan hak anak-anak. -Gambar hiasan "Saya bercerai talak satu dengan persetujuan nafkah iddah, nafkah mutaah dan nafkah tertunggak ditarik. Suami dalam keadaan mampu menanggung. "Tetapi dia mengenakan syarat tarik nafkah disebabkan saya sendiri yang memfailkan kes atas salah laku dalam perkahwinan. "Bagaimana saya ingin menuntut hak-hak yang tertangguh untuk saya dan anak-anak jika keadaan ini telah termeterai?" kongsi wanita itu menerusi grup Facebook Peguam dan Pengguna Malaysia (PPM). Saya bercerai talak satu dengan persetujuan nafkah iddah, nafkah mutaah dan nafkah tertunggak ditarik. PENGADU Di ruangan komen, seorang wanita yang pernah berdepan situasi sama turut berkongsi kisahnya yang berjaya memperjuangkan hak diri serta anak-anaknya. Menurut pelayar Facebook itu, dia juga diminta untuk menggugurkan hak sekiranya mahu dilepaskan oleh bekas suaminya. "Sama perangai bekas suami saya. Saya minta cerai sebab dia bapa dan suami yang tak guna. Kaki perempuan. Masa nak cerai, dia cakap depan hakim dia setuju ceraikan saya dengan bersyarat. ARTIKEL BERKAITAN: Dah 12 tahun cerai, suami masih patuh kepada bekas isteri! Potong nafkah bini baharu, beri lebih kepada anak perkahwinan pertama ARTIKEL BERKAITAN: Suri rumah sering makan hati dapat suami kedekut, nafkah tak bagi... Kalau diberi RM10 sebulan pun dah bersyukur "Syaratnya dia minta saya gugurkan hak-hak saya dan tak boleh tuntut apa-apa daripada dia. Dia ingat nafkah anak termasuk sekali agaknya. Itu mungkin niat dia," ujarnya. Menurut wanita itu, taktik licik bekas suaminya itu bagaimanapun tidak berjaya apabila hakim menjelaskan tanggungjawabnya ke atas anak-anak tidak akan terhenti sampai bila-bila. "Saya minta hakim jelaskan hak yang saya tak boleh tuntut. Hakim jelaskan iddah, mutaah dan harta sepencarian. Hakim kata nafkah anak tak termasuk. "Hakim juga berkeras kata suami tiada hak nak gugurkan hak saya untuk minta nafkah anak sebab itu tanggungjawab dia sampai bila-bila. Muka dia terus macam tahi. Dengan senang hati, saya cakap saya setuju tuan hakim. Perceraian pastinya memberi kesan besar terhadap anak-anak yang masih kecil. -Gambar hiasan "Jadi, untuk yang tanya soalan ini. Nafkah anak-anak tak termasuk dalam hak awak yang ditarik tu. Pergi failkan hak penjagaan dan lepas tu buat tuntutan nafkah," kongsi wanita itu lagi. Dalam pada itu, beberapa netizen yang turut memberi pesanan kepada pengadu agar dia tidak putus atas memperjuangkan hak anak-anaknya. "Nafkah anak mana boleh gugur. Tu memang tanggungjwab bapa sampai anak tu dah boleh berdikari sendiri. Tak cerdik betul perangainya ni. "Nafkah anak memang wajib dibayar jadi tak ada perjanjian yang boleh dibuat untuk batalkan nafkah anak. Boleh failkan ke mahkamah," tulis beberapa netizen lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube