DOA boleh diibaratkan sebagai senjata terbesar umat Islam dalam usaha untuk mendapatkan bantuan atau pertolongan. Melalui satu hantaran di laman sosial, seorang wanita menceritakan pengajaran berharga yang diperolehnya apabila memanjatkan hajatnya kepada Allah SWT. Menurut wanita itu, selepas berdepan satu situasi, dia kini sedar kepentingan untuk sentiasa bersyukur dan tidak terlalu meminta-minta dalam kehidupan. Umat Islam dianjurkan untuk berdoa dan memohon bantuan Allah. -Gambar hiasan "Sebelum ni aku selalu dengar orang cakap je, kini terjadi sendiri ke atas aku. Pada awal bulan lalu, aku mengalami beberapa masalah, antaranya melibatkan soal kewangan. "Jadi aku pun berdoa kepada Allah SWT, tolonglah berikan aku RM3,000 dalam masa terdekat ni, aku sangat terdesak untuk guna. Alhamdulillah dengan cara yang tidak disangka-sangka Allah hadirkan RM3,000 tu ke dalam pangkuan aku. "Aku macam tergamam. Nak dijadikan cerita, tak lama selepas itu kereta aku pula lunyai akibat ditipu bengkel, total lost. Lebih menarik, apabila aku imbas semula, kereta tu sebenarnya berharga RM3,000 waktu aku mula-mula beli dulu. ARTIKEL BERKAITAN: Lama tidur sebab tak sihat, wanita tergerak hati check CCTV! Sebak tengok cara bibik layan anak, anggap Allah makbulkan doa ARTIKEL BERKAITAN: 3 minggu mencuba, doa hamil makbul! Suami senyum meleret bakal jadi ayah, isteri gembira mengandung serentak dengan ibu "Sejak dari hari tu, aku lebih berjaga-jaga dengan apa yang aku minta dekat Allah," ujar wanita itu melihat apa yang berlaku kepada dari sudut positif. Tambah wanita tersebut, kisah hampir serupa juga dapat diperhatikan menerusi pembacaannya di media sosial. "Aku pernah nampak satu hantaran ni lalu dekat aku punya paparan media sosial, ceritanya mengenai seorang perempuan yang taksub berdoa kepada Allah nak memiliki RM1 juta. Perkara yang dirasakan sakit untuk kita telan mungkin tanpa sedar merupakan yang paling baik untuk kita. WARGA MAYA "Syukur Alhamdulillah apa yang dia minta tu dapat dan dia hidup senang, tapi rupanya RM1 juta tu datang menerusi insurans hibah suaminya yang meninggal dunia. Dari sini aku mula sedar, kita kena banyakkan bersyukur daripada meminta. "Kini aku turut selitkan dalam doa aku rasa kesyukuran atas segala nikmat yang Allah sudah kurniakan. Aku lihat apa yang berlaku ni daripada sudut positif, mungkin Allah mahu aku lebih mendekatkan diri kepada-Nya. "Supaya selepas ni aku perbanyakkan berdoa untuk minta kereta baharu pula. Kita kena ingat, Allah boleh bagi dan pada bila-bila masa juga Allah boleh ambil," ujar wanita itu berlapang dada. Menjengah ke ruangan komen, warga maya memberikan pandangan mereka mengenai topik yang diketengahkan. Pelayar bertukar pendapat. "Sebab itu saya elak berdoa benda yang terlalu spesifik, saya tidak sebut jumlah duit yang saya inginkan, cukup sekadar saya cakap, sekiranya itu yang terbaik untuk aku, maka tunaikanlah. "Banyak perkara dalam kehidupan ni yang kita tak nampak. Saya juga yakin Allah itu Maha Mengetahui. Jadi, saya serahkan semua kepada-Nya untuk membimbing saya ke jalan yang terbaik. "Walau apa pun yang ditarik daripada hidup kita ini, percayalah ia pasti mempunyai hikmahnya, cuma mungkin kita belum dapat atau belum sedar. Allah itu Maha Mengasihani dan tidak akan pernah menzalimi hamba-hambanya. "Perkara yang dirasakan sakit untuk kita telan mungkin tanpa sedar merupakan yang paling baik untuk kita," ujar warga maya. Kepada Allah satu-satunya tempat bergantung harap. -Gambar hiasan Dalam pada itu, pendakwah bebas, Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub menerusi ceramahnya pernah berpesan untuk tidak berlebihan atau melampau dalam berdoa. "Erti melampau ketika berdoa adalah meminta sesuatu yang khusus dan dengan sifat yang tertentu. "Minta boleh, selepas itu Allah akan pilih yang terbaik untuk dunia dan akhirat. Mintalah apa saja walaupun benda-benda kecil dan kemudian usaha. "Mintalah 1,000 kali sehari pun, Allah tidak akan jemu bahkan Allah sangat suka orang yang rajin meminta (berdoa). Rajin minta dengan Allah, kena usaha tapi jangan melampau ketika berdoa," jelas Ustaz Wadi Annuar. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube