suria

Ziarah kawan B40, hidup susah rutin guru setiap minggu! Jadi tempat mengadu, kadang sampai terlupa masalah sendiri

Insan yang baik pastinya akan sentiasa membantu rakan-rakan yang serba kekurangan. -Gambar hiasan

SETIAP manusia melalui ujian yang berbeza-beza dalam kehidupan mereka.

Bagi yang bertuah, mereka hidup senang dalam keadaan serba mewah, namun ada juga yang dibelenggu kemiskinan sejak dilahirkan ke dunia ini.

Begitulah yang diceritakan oleh seorang guru di Facebook tentang beberapa rakannya yang hidup dalam keadaan serba kekurangan.

Antara barangan yang dibawa guru itu untuk rakannya.

Antara barangan yang dibawa guru itu untuk rakannya.

Menurut Pe Chey, dia bukan sahaja sering menziarahi rakan-rakannya yang kurang bernasib baik, malah turut membawa barangan keperluan untuk membantu meringankan beban mereka.

"Sementara ada masa, aku singgah ziarah. Rutin setiap Jumaat. Kalau ada masa, aku ziarah rumah kawan-kawan yang kurang bernasib baik.

"Bawalah sedikit ole-ole seperti beras, telur dan minyak," kongsinya di Facebook.

Pasti akan ada kisah yang aku kena dengar. Kereta rosak, motor jahanam, duit tak ada, sakitnya lagi dan bermacam kisah.

PE CHEY

Bercerita lanjut, Pe Chey berkata dia juga perlu menadah telinga untuk mendengar masalah rakan-rakannya setiap kali bertentang mata.

"Berziarah, bercerita... Pasti akan ada kisah yang aku kena dengar. Kereta rosak, motor jahanam, duit tak ada, sakitnya lagi dan bermacam kisah.

"Kau larat nak dengar? Aku dah biasa. Masalah aku pun kadang aku lupa dek dengar masalah orang. Ni kalau ada masa, siang aku jalan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedar keluarganya B40, pelajar kejuruteraan belajar tentang ‘beg kuning’ TikTok!

ARTIKEL BERKAITAN: Famili B40 pecah belah... Wanita terbeban sara bapa penagih, ibu kaki pinjam duit! Adik beradik lelaki seorang pun tak boleh pakai

"Biasanya malam. Malam sejuk sikit. Dah la naik motor, usung barang. Salam Jumaat semua. Kongsi rezeki kita weh," katanya yang menulis posting pada Jumaat lalu.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa pelayar Facebook memuji sikap pemurah yang ditunjukkan guru berkenaan.

Malah, ramai yang turut mendoakan agar dia terus dimurahkan rezeki bagi membantu insan-insan memerlukan.

Individu yang serba kekurangan pastinya gembira menerima bantuan barangan asas. -Gambar hiasan

Individu yang serba kekurangan pastinya gembira menerima bantuan barangan asas. -Gambar hiasan

"Semoga cikgu dimurahkan rezeki agar boleh membantu golongan yang kurang berkemampuan ini.

"Semoga Allah permudahkan urusan Pe Chey untuk menolong mereka yang perlukan bantuan.

"Alhamdulillah, teruskan dik," tulis beberapa individu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain