suria

“Sponsor? Kau siapa?” - MUA dipermain rakan baik, lepas setahun kahwin tak segan ajak lepak walau hutang tak bayar

Seorang jurusolek terkilan pengantin yang juga kawan baiknya tak bayar khidmat solekan. -Gambar hiasan

BERUNTUNG jika kita ada sahabat baik yang juga mencari rezeki sebagai make-up artist (MUA) kerana dia boleh diupah untuk menyerikan wajah untuk majlis perkahwinan atau acara-acara tertentu.

Namun, jangan pula kita mengambil kesempatan atas kemahiran dimiliki sahabat dengan membayar upah pada kadar tidak setimpal dengan usahanya.

Seorang MUA menceritakan pengalaman pahitnya menyolek pengantin perempuan yang merupakan salah seorang rakan baiknya.

Berdasarkan penceritaannya di laman sosial, majlis perkahwinan pasangan mempelai berlangsung gah di venue mewah dengan busana ditempah daripada pereka terkenal.

Selepas setahun perkahwinan, jurusolek masih tidak menerima bayaran. Gambar hiasan.

Selepas setahun perkahwinan, jurusolek masih tidak menerima bayaran daripada pengantin. -Gambar hiasan

“Pasangan pengantin adalah kawan baik saya. Saya tanya nak upah saya ke sebab memang bagi harga kawan-kawan dan tiada bayaran tambahan untuk majlis dibuat di luar KL dan Selangor.

“Sebab fikir kawan baik. Seriously saya tak paksa sebab kalau tak upah pun, saya tetap datang majlis mereka dan pengantin perempuan setuju untuk ambil saya. Baju pengantin dia sewa baru ya dari 'designer' terkenal cecah 8K sebab saya tau dia anak orang senang,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin diuji sebelum majlis, pukul 11 malam MUA hantar ‘voicenotes’ tak jadi datang - “Kami hubungi, dia matikan telefon”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pengantin merungut gambar kahwin buruk, viral di TikTok... Jurugambar buka cerita, tunjuk ‘folder’ ratusan foto cantik

MUA ini berkata, selesai tugas menyolek untuk acara nikah dan bersanding, dia bergegas pulang ke Kuala Lumpur kerana mempunyai klien lain yang perlu disolek keesokan harinya.

Dalam masa yang sama, dia turut meminta agar rakannya itu membuat pembayaran secara online atas khidmatnya yang telah diselesaikan.

"Selepas seminggu masih tak transfer dan saya mesej lagi. Dia cakap ada masalah dengan deposit venue kahwin tengah tunggu refund.

"Dapat refund dia cakap akan terus transfer. Saya fikir positif lagi sebab kawan baik kan, tak kan la nak tipu.

"Dua minggu kemudian saya mesej lagi dan jawapan masih sama 'dewan belum refund deposit. Masalah aku ke? So saya biarkan lagi, masih positif," katanya.

Secara positif, saya fikir kawan baik tak kan la nak tipu.

MUA

Selepas sebulan tanpa khabar berita, jurusolek ini bertanyakan kepada 'wedding planner' majlis perkahwinan rakannya itu sekiranya dia tahu tentang isu deposit venue yang masih belum dipulangkan.

“Saya kenal wedding planner diaorang dan mesej tanya fasal dewan. Wedding planner tu cakap lama dah refund dan dia pun dapat duit baki lambat.

“Saya rasa seperti 'terkena' jadi saya text lagi tanya dia (pengantin perempuan) baki bayaran dan dia mengaku sebenarnya keluarga hadapi masalah kewangan dan bapa dia bankrup,” kata jurusolek ini.

Simpati dengan nasib rakannya, dia bersetuju untuk membenarkan pembayaran dibuat secara beransur-ansur tetapi malangnya rakannya itu tetap tidak mengotakan janjinya.

Bengang dirinya bagai dipermain-mainkan, jurusolek itu mengugut mahu menghubungi suami rakannya dan ketika itulah rahsia terbongkar.

Rupa-rupanya sebelum majlis perkahwinan berlangsung, rakannya itu telah memberitahu suaminya bahawa solekannya ditaja.

"Sponsor? Kau siapa nyah? Artis pun aku tak sponsor apatah lagi kau? Al kisah dia dah cerita kat semua orang yang aku sponsor dan sekarang aku tengah pressure dia suruh bayar.

"Orang lain semua percaya termasuk laki dia siap cakap aku salah faham... 'kitaorang ingat kau sponsor so kitaorang OK je la. Kalau tahu kena bayar baik kami cari MUA area negeri kami je'.

"OMG aku kena fitnah! Dah la menipu lepas tu cakap aku salah faham, celah mananya salah faham, semua bukti WhatsApp pasal perjanjian nak bayar tu aku screen shot dan bagi laki dia," katanya.

Bagaimanapun, malang nasib MUA ini apabila suami rakannya enggan masuk campur urusan tersebut.

Dalam masa yang sama rakannya tetap berjanji untuk buat pembayaran secara beransur-ansur tetapi sekali lagi dia tidak mengotakan janji malah menukar nombor telefon.

"Lepas setahun, aku ada job kat negeri tu dan dia stalk IG story aku tanya kat sini ke dan ajak jumpa macam tak ada apa yang berlaku.

"Tanya aku dah tak nak kawan dengan dia ke? Ma abah tanya pasal kau. Eh menyirap!

"So aku cakap dengan dia kalau kau bayar balik hutang kau pun belum tentu aku akan kawan balik dengan kau!

"Sorry cakap aku memang tak maafkan diaorang dan tak halalkan pun hutang diaorang! Rupa-rupanya dalam kalangan kawan-kawan kami pun dia ada hutang tak bayar-bayar," dakwanya.

Menerusi pengalamannya ini, MUA ini sedar dan mengambil pengajaran bahawa dalam menjalankan perniagaan seseorang itu tidak perlu mengharapkan sokongan rakan-rakan atau memberi disakaun 'harga kawan-kawan'.

“Kebanyakan kawan perangai macam ni. Kadang bagi harga murah nak lagi murah lepas tu dalam diam dengki,” katanya sambil menambah kejadian ini berlaku sebelum negara diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain