SETIAP pasangan pasti mengimpikan perkahwinan yang bahagia, dan paling penting mahu hubungan mereka direstui keluarga masing-masing. Bagi seorang wanita, dia cukup bertuah kerana dipertemukan seorang jejaka yang bukan sahaja baik, malah sedap mata memandang. “Dia sangat baik, kacak, putih dan soft spoken. Kami bercinta dan saya sangat bahagia dengan dia sebab kami bagi energy yang sama untuk hubungan ini,” luah wanita berusia 27 tahun itu. Menerusi satu hantaran di laman sosial, dia bagaimanapun meluahkan tentang hubungannya bersama teman lelaki diuji apabila dirasakan bukan calon menantu pilihan. Setiap wanita mengharapkan bakal suami dapat memberi bimbingan dalam rumah tangga. -Gambar hiasan “Tiba tiba saya dapat tahu mak kepada boyfriend (BF) tak suka saya dan tidak merestui hubungan kami. “Mak dia tak suka sebab cara penampilan saya yang freehair dan pemakaian saya yang agak terdedah,” ujarnya. Menurut gadis itu, dia sememangnya berhasrat untuk berubah tetapi ketika ini dia mahu melakukannya secara perlahan-lahan tanpa terlalu drastik. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tahu akan dibenci” - Pengantin perempuan buat pengakuan, orang ketiga punca tak muncul majlis kahwin! ARTIKEL BERKAITAN: Isteri berubah jadi baik semacam lepas balik ‘company trip’, persoalan terjawab lepas pengirim misteri hantar video “Saya fikir nak cukupkan solat saya, barulah saya berubah ke arah pemakaian. “BF cuba mempertahankan saya sebab keluarganya tak kenal saya, tak pernah jumpa saya. Hanya lihat melalui gambar,” katanya. Malangnya, ibu kepada teman lelaki masih tidak mahu menerima dirinya sebagai menantu. Perbaiki diri sendiri dulu, insyaAllah jodoh yang baik-baik pula datang selepas ini. WARGA MAYA “Mak dia tak nak langsung dengar nama saya atau apa-apa yang berkaitan tentang saya. Mak dia suruh tinggalkan saya. Kalau tak, BF saya dicop anak derhaka dan kena 'palau' dengan famili. “Saya jadi hilang arah sebab hubungan kami sangat baik dan bahagia. Tiba-tiba dipaksa untuk putus dan move on. “BF saya macam mati akal, dia jadi takut setiap tindakan yang dia buat akan mengeruhkan keadaan. Jadi dia memilih untuk melepaskan,” tambahnya. Apa yang berlaku ternyata memberi tamparan hebat buat dirinya sehingga tidak dapat menumpukan pada kerjaya dan kesihatannya juga terjejas. “Saya sangat sedih dan kerja tak boleh fokus. Hilang selera makan dan badan jadi susut,” ujarnya lagi. Hubungan mereka tidak mendapat restu daripada ibu kepada teman lelaki. -Gambar hiasan Menurut gadis itu, dia cuba mempertahankan hubungannya tetapi dihalang oleh ibu kekasihnya, dan hanya mampu berharap agar diberikan peluang menunjukkan kesungguhan mengenali anaknya. “Mak BF tak bagi dia berhubung langsung dengan saya. Cuma satu yang saya minta, bagilah peluang pada saya. Kenal saya dulu. “Umur saya 27 tahun, penat untuk sesi kenal-mengenal (orang baharu). Saya ingatkan dia yang terakhir untuk saya settle down (berkahwin). Tapi lain pula ujiannya,” luahnya. Di ruangan komen, rata-rata warga maya menyifatkan apa yang dilaluinya ada hikmah di sebaliknya dan meminta agar dia bersabar menempuh ujian tersebut. Bagi mereka, apa yang lebih penting adalah niat wanita itu untuk terus berubah menjadi yang lebih baik dan menerima segala ketentuan takdir termasuk jodoh. “Umur dah 27 tahun, ubah je la penampilan. Nanti dah kahwin, lagi banyak perubahan dan tolak ansur dalam perkahwinan. Lagipun perubahan untuk yang lebih baik, kan bagus tu. “Hah apa lagi, berubahlah sekarang. Kalau tak dapat dia, mungkin jodoh dengan orang lain. Perbaiki diri sendiri dulu, insyaAllah jodoh yang baik-baik pula datang selepas ini. “Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Nak cari yang baik, kena ubah diri dulu. InsyaAllah datang yang baik-baik. Kadang Allah bagi hikmah juga perpisahan, untuk jadi manusia lebih baik. Andai ada jodoh, pasti bertaut kembali,” komen warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube