suria

Terlalu cinta isteri sampai sanggup pinjam Ah Long tapi bercerai jua! Suami penyayang sedih pengorbanan tak dihargai

Lelaki diuji dengan masalah rumah tangga. -Gambar hiasan

DIUJI dengan masalah kewangan di awal perkahwinan sememangnya sangat mencabar buat pasangan suami isteri.

Bagi seorang pemuda, dia tetap menjaga dan melayan isteri melebihi nyawanya sendiri meskipun berdepan dengan kekangan kewangan.

"Setiap malam sebelum isteri tidur, saya urut, picit kepala atau bahu dia. Semua kerja rumah, saya yang buat termasuk mengemas, membasuh dan sidai baju.

"Saya tak benarkan isteri mengangkat barang-barang berat atau buat kerja yang berat. Saya terlalu sayangkan isteri sepenuh hati.

"Jika isteri sakit, sayalah yang akan jaga, mandi dan sediakan segala keperluan sehingga kadang-kadang saya akan tertidur dalam keadaan keadaan duduk risau tak dengar jika isteri panggil," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan

Bagaimanapun katanya, lama-kelamaan dia dan isteri kerap bergaduh disebabkan kegagalannya untuk membayar sewa rumah serta komitmen lain sehingga tertunggak.

Tanpa berfikir panjang, dia yang bergaji kecil nekad membuat pinjaman daripada Ah Long untuk menyelesaikan segala masalah membabitkan kewangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri berubah jadi baik semacam lepas balik ‘company trip’, persoalan terjawab lepas pengirim misteri hantar video

ARTIKEL BERKAITAN: Suri rumah sering makan hati dapat suami kedekut, nafkah tak bagi... Kalau diberi RM10 sebulan pun dah bersyukur

Namun sangkaannya meleset apabila tindakannya itu menjadi punca kepada penceraiannya dengan isteri tercinta.

"Punca kami berpisah setelah saya melakukan kesilapan dengan meminjam wang daripada Ah Long. Saya terjebak, tapi duit yang saya pinjam itu tidak pernah sesekali dibuat ke arah yang tidak baik.

"Tak sangka jadi seteruk ini dan berlarutan sehingga muka saya dan isteri menjadi viral disebabkan Ah Long," ujarnya tanpa mendedahkan jumlah hutang tersebut.

Lelaki diuji masalah kewangan kerana bergaji kecil. -Gambar hiasan

Malah dia mendakwa Ah Long turut mendapat segala butiran dan gambar-gambar keluarga mentua dan familinya serta menghantar kata-kata ugutan kepada mereka.

"Saya sangka saya boleh bayar semua duit Ah Long tersebut, tetapi sangkaan saya meleset disebabkan keluarga mentua mendesak isteri agar minta cerai.

Takkanlah langsung tak pernah pandang kebaikan yang pernah saya lakukan walaupun sedikit.

BEKAS SUAMI

"Sehinggakan ada dalam kalangan keluarga mentua menggelarkan saya sebagai penjenayah. Saya juga tak dibenarkan pulang ke rumah.

"Betapa hancur luluhnya hati saya apabila seorang isteri sanggup mengetepikan suami sendiri. Sepatutnya isteri mempertahankan rumah tangga kami," tambahnya.

Selain sering bertengkar, dia turut meluahkan kekesalan apabila ada ketika isterinya akan menghalaunya keluar dari rumah.

Perpisahan disebabkan masalah kewangan dan hutang Ah Long. -Gambar hiasan

Jelasnya, dia akan dipujuk dan dipanggil pulang apabila kemarahan isterinya sudah reda dan sejuk, namun keadaan kembali tegang mengenai isu hutang yang banyak.

"Setiap kali kami bergaduh, isteri akan minta cerai. Selalunya saya akan bersabar dengan kerenah isteri.

"Saya rasa terhina kerana keluarga mentua sanggup memarahi dan menghasut agar isteri menuntut cerai. Dan kini saya dan isteri sudah pun bercerai," katanya.

Jauh di sudut hati, dia bimbang keadaan bekas isteri melalui kehidupan tanpa dirinya yang selama ini menyayanginya sepenuh hati.

"Kalau saya boleh undurkan semua ini, percayalah saya akan buat lebih baik untuk isteri. Sejahat sehina saya yang digelar penjenayah, tak akan tiada langsung rasa kasihan dan simpati pada saya untuk diberi peluang perbetulkan semua.

"Tak kan la langsung tak pernah pandang kebaikan yang pernah saya lakukan walaupun sedikit," luahnya yang terkilan dengan nasib yang menimpa dirinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain