ADAB atau etika ketika berinteraksi atau bercampur dengan orang ramai mencerminkan keperibadian diri seseorang, Sebagai contoh apabila diundang ke sesebuah majlis, adalah penting untuk kita menjaga adab sepanjang acara berlangsung bukan sahaja untuk menghormati tuan rumah, tetapi tetamu lain. Dalam satu hantaran di Facebook, seorang usahawan bakeri dikenali sebagai Ct Norzanizan berkongsi situasi di sebuah majlis perkahwinan yang mana kebanyakan tetamunya langsung tidak menjaga adab sehingga menyusahkan pihak katering dan tuan rumah. "Maaf...tak boleh tahan nak menulis. Sebab rasa macam melampau sangat. Ini saja yang dapat ambil gambar. Antara dessert table yang disediakan blow.thecandle. "Event hall dalam bandar Kuala Lumpur. Tapi rasa macam set up dessert table pada zaman batu. "Catat sejarah, dalam masa 10 minit semua habis. Datang set up dua jam awal dah, tapi tengah-tengah set up pun orang dah berebut ambil sampai tiga pinggan, siap tindih-tindih pinggan bawa ke meja," tulisnya menyuarakan teguran dalam hantaran berkenaan. Menurut pengusaha Blow The Candle itu lagi, lebih mengejutkan apabila ada tetamu yang bersikap tamak apabila begitu berani mengambil sendiri makanan daripada kotak yang belum dihidangkan. "Makanan tambahan tu caterer minta tolong susun... tapi sampai hancur berebut-rebut dalam kotak. ARTIKEL BERKAITAN: Saudara tuan rumah terkilan kena jamu selera atas lantai dewan... Tetamu di meja rancak borak, tak mahu bangun lepas makan ARTIKEL BERKAITAN: Siap dah bawa bekas, makcik bertekak dengan pekerja katering nak tapau lauk kenduri - “Setakat satu dua bungkus takkan tak boleh?” "Pakej 500 pax ni memang ada banyak kuantiti. Kebiasaannya akan totally habis dalam masa satu hingga dua jam. "Apa lagi yang kelakar? Frame memo yang kami letak beritahu limit tiga pieces pun tetamu gelakkan. "Mungkin bagi mereka benda (memo) tu lucu dan nonsense. Mereka siap terbalikkan frame memo. Saya paling tak boleh terima yang ni," tulisnya lagi. Lebih mengecewakan menurutnya, ada tetamu yang bersikap agak biadab apabila diberitahu bahawa sebahagian kecil daripada kuih perlu disimpan untuk pasangan mempelai. Tuan rumah ni jemput tetamu ke jemput musuh dia dari kecil? Beriya sangat nak buat huru-hara majlis orang. NETIZEN "Dia ingat kita tak nak bagi dia makan. Siap ambil video lagi... 'you boleh ulang balik apa you cakap tadi? I nak rekod untuk bukti'. "Pengalaman dekat hall ni yang paling kelakar. Caterer siap tunjuk video tetamu bergaduh-gaduh masa ambil nasi dan lauk. "Ya Allah, kenapalah sampai macam ni sekali. Nak makan biarlah ada adab," tulisnya lagi. Hantaran berkenaan meraih lebih 2,600 shares selain dibanjiri ribuan komen netizen yang turut mengecam sikap tetamu majlis perkahwinan berkenaan. Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan. "Tetamu dia beruk kot. "Aduh malunya tuan rumah. Kalau tak cukup makanan, habis kena ungkit sampai tujuh keturunan. "Amboi siap ada yang nak merakam video buat bahan bukti. Tuan rumah ni jemput tetamu ke jemput musuh dia dari kecil? "Beriya sangat nak buat huru-hara majlis orang," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube