suria

Kawan baik berubah sikap, bisnes nasi ayam tak tahan lama... Rupanya makan hati, marah kena bahagi untung sama rata!

Perniagaan makanan boleh menjana pendapatan lumayan. -Gambar hiasan

TAK semua kawan baik boleh dijadikan sebagai rakan bisnes.

Itulah nasihat yang disampaikan tutor Matematik, Adam Kelvin menerusi perkongiannya di Facebook.

Imbas Adam, dia menyedari hakikat itu selepas menjalankan perniagaan makanan bersama seorang rakannya ketika negara dilanda pandemik Covid-19.

nasi ayam (2)

Adam berkata dia sempat menjalankan perniagaan nasi ayam ketika PKP.

"Saya pernah cuba jual nasi ayam semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu. Saya tak salahkan kawan baik saya tau. Hanya nak bercerita supaya ambil pengajaran. Saya juga ada salah.

"Masa tu saya excited sebab dapat bekerjasama dengan kawan baik untuk mulakan bisnes kecil-kecilan. Maklumlah masa tu home tuition tak boleh dijalankan sebab PKP. Online pun tak macam sekarang.

"Kawan saya ni buat everything daripada bab mencari bahan, masak, dan bungkus makanan. Tugas saya hanyalah post kat Facebook dan ambil order saja," ujarnya memulakan cerita.

Saya call dan mesej semua tak berjawab kerana dia marah.

ADAM KELVIN

Menurut Adam, dia dan rakannya juga sudah berbincang dan sepakat tentang pembagian keuntungan antara mereka.

Namun entah di mana silapnya, Adam berkata rakannya secara tiba-tiba mula berubah dan enggan lagi meneruskan kerjasama antara mereka.

"Saya cakap kat kawan saya, saya dapat 30 peratus daripada untung pun dah okey. Tak perlu 50-50. Sebab kerja saya sikit saja. Tapi kawan saya tetap nak bahagi sama rata. Saya pun ikut sajalah.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga sedih 30 ekor ayam perap terpaksa dibuang! Pelanggan tak nak tahu masalah, jangan jadikan alasan naik harga

ARTIKEL BERKAITAN: Tak selesa gerai kecil jadi viral, peniaga minta ‘content creator’ padam video reviu... Risau gagal layan pelanggan

"Tidak lama kemudian, dia mesej saya cakap nak stop sebab dia rasa semua benda dia yang buat. Saya call dan mesej semua tak berjawab kerana dia marah.

"Kadang saya pelik juga kenapa susah nak berterus terang? Saya okey je kalau ada apa-apa tak kena, beritahu je saya. Saya akan perbaiki diri," ceritanya lagi.

Disebabkan peristiwa itu, Adam berkata dia sedar bukan semua kawan boleh dijadikan sebagai rakan kongsi perniagaan.

"Isteri tak bagi saya contact kawan tu buat sementara waktu sebab otak dia bukan bisnes. Orangnya terbiasa makan gaji. Untung bukan dalam masa sehari nampak. Biar dia tenang dulu.

Kuali recipe — Lap Mei Fan. —LOW LAY PHON/The Star

Selain untung dan rugi, banyak lagi aspek lain yang perlu difikirkan oleh setiap peniaga.

"Tambah pula bidang makanan ni bukan niche kami berdua. Letih betul sebenarnya. Daripada situ saya sedar, ada orang better kekal sebagai kawan saja. Tak perlu pun jadikan sebagai rakan kongsi bisnes.

"Sampai sekarang pun saya tak ada bisnes partner lain selain isteri sendiri yang sama-sama usahakan tuisyen online. Gerak kerja saya ni memang tak semua boleh terima," ujarnya lagi.

Di ruangan komen, pelayar Facebook turut bersetuju dengan kesimpulan yang dibuat Adam mengenai isu perkongsian perniagaan dengan kawan-kawan.

"Biarlah kawan sebagai kawan, bisnes partner carilah orang lain. Selain itu tidak digalakkan mengajikan saudara-mara dalam sesebuah syarikat.

"Saya sangat setuju dan memahami. Suami buat bisnes, saya pesan banyak kali, kalau nak berkawan lama, jadi sebagai kawan sahaja, jangan buat bisnes sama-sama.

"Cari partner bisnes ni macam cari suami isteri juga. Sedangkan suami isteri pun boleh bercerai, apatah lagi rakan perniagaan," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan