SETIAP peniaga mempunyai cara tersendiri untuk melariskan jualan. Jika mengikut trend terkini, kebanyakan mereka lebih gemar mempromosikan produk di laman sosial masing-masing. Namun ada yang memilih untuk menjualnya secara langsung sama ada menerusi gerai jualan mahupun menjaja di jalanan. Menerusi hantaran di media sosial, seorang wanita dikenali sebagai Sallina Abas berkongsi kisah tentang individu yang ditemuinya ketika menziarahi sebuah tanah perkuburan di Singapura. Karipap yang dijual di Singapura berbeza dengan Malaysia. "Ziarah kubur tadi, kemudian ada orang bagi salam dan tanya... kak nak beli karipap? Karipap Onan Rd. "Nampaklah dia bawa beberapa pek karipap, tapi saya tak beli. Jadi dia pun teruskan perjalanan cari orang (pelanggan), kalau ada yang nak beli," ujarnya memulakan cerita. Menurut Sallina, dia terpaksa menolak daripada membeli karipap daripada individu berkenaan dengan baik. ARTIKEL BERKAITAN: Gadis insaf berniaga depan kubur! Kakak jadi mangsa kena teman jika ada kematian, boleh COD jika pelanggan seram datang gerai ARTIKEL BERKAITAN: Di tanah kubur pun ada rezeki menanti, yang penting rajin - “Aku sanggup bagi duit dekat orang yang berusaha” "Bukan saya tak beli sebab tak sokong, tapi saya tinggal berdua je dengan suami. Sebenarnya mak pun baru bagi sekotak karipap yang sama macam peniaga tu jual," jelasnya bagi mengelakkan salah faham warga maya. Meskipun kasihan dan bimbang sekiranya tiada pembeli, namun dia mengakui berasa pelik dengan peniaga terbabit yang memilih kubur sebagai lokasi jualan. Mana tidaknya, hanya terdapat segelintir individu sahaja yang datang ke kubur sekiranya bukan cuti umum mahupun perayaan. Tambahan pula, cuaca pada masa itu sangat panas dan terik. Sekarang ni kat mana-mana sahaja ada orang berniaga, mereka nak buat sales terutama yang jenis jual secara jalanan. WARGA MAYA "Tadi kat kubur sangat terik dan tak ramai orang, peniaga ni jalan kaki je, tiada kenderaan. "Tapi sebelum saya balik, saya nampak dia lagi dan pek karipap hanya tinggal satu kat tangan," tambahnya sambil mengucapkan syukur kerana ada yang membeli jualan peniaga terbabit. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tampil bersimpati dengan peniaga karipap itu dan beranggapan dia berada dalam kesulitan. Antara reaksi warga maya. "Sekarang ni kat mana-mana sahaja ada orang berniaga, mereka betul-betul susah nak buat sales terutama yang jenis jual secara jalanan. "Syukur ada yang beri sokongan dan membeli, semoga rezeki pembeli dipermudahkan urusan. "Saya pun pernah jumpa lelaki muda jual karipap di kubur pada September lalu, kesian (cuaca) panas-panas terpaksa jual karipap," demikian luahan warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube