suria

Wanita mengaku pura-pura tak nampak jika orang lain ketawakan kekasih pendek, bimbang BF sedih - "Dia banyak berkorban"

Seorang wanita sedih fizikal teman lelakinya menjadi topik atau bahan ejekan. -Gambar hiasan

'CINTA itu buta' menggambarkan tentang hubungan percintaan yang terjalin tanpa memandang aspek fizikal dan rupa paras kacak atau cantik .

Bagi sesetengah individu, kesetiaan dan kesungguhan pasangan adalah paling penting dalam perhubungan.

Seorang wanita tampil bercerita tentang fizikal kekasihnya yang dikatakan tidak seperti lelaki normal lain.

Menurut wanita itu, teman lelakinya mempunyai ketinggian 147cm dan ketinggiannya pula adalah 155cm.

Sikap teman lelaki yang bertanggungjawab membuatkan wanita ini tertarik. - Gambar hiasan

Lelaki bertanggungjawab akan membuatkan wanita mudah tertarik dengan mereka. -Gambar hiasan

Jelasnya, disebabkan pemuda itu lebih rendah berbanding dirinya, mereka sering menjadi perhatian apabila keluar berdua dan berjalan bersama.

“Saya tulis ini untuk berkongsi pengalaman saya dengan BF (boyfriend). Saya bertemu dengan dia di litmatch dan tahun hadapan masuk tahun kelima kami kenal. InsyaAllah bakal bertunang.

“Apa yang ingin saya kongsikan adalah ketinggian BF saya bukanlah idaman wanita lain.

“Pernah kami keluar jalan-jalan dalam mall dan ada pekerja kiosk dalam tiga orang perempuan pandang sambil gelak,” luahnya sedih.

ARTIKEL BERKAITAN: Wah! Remaja berterus terang malu keluar dengan anak nelayan, minta putus hubungan - “Aku nak kecilkan skop kawan aku”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dikutuk gemuk! Orang ramai disaran jaga mulut, body shaming adalah jenayah... Pelaku boleh dipenjara

Wanita ini menjelaskan dia kurang pasti mengapa ketiga-tiga individu itu ketawa, mungkin bermaksud mengejek atau merasakan teman lelakinya comel.

Bagaimanapun, dia mengaku sedih dan tidak menceritakan peristiwa berkenaan kepada teman lelaki kerana bimbang pemuda itu akan sedih serta berasa rendah diri.

“Saya pandang je diaorang, tapi saya tak pasti sama ada mereka anggap BF cute sebab rendah atau sebaliknya mengejek dia.

“Saya tak pernah cerita kepadanya kerana risau BF sedih,” katanya lagi.

Ingat satu je, nak jumpa lelaki baik macam cari 10 sen terjatuh di tengah lebuh raya, susah.

WARGANET

Sambung wanita ini, teman lelakinya juga pernah mengaku malu dengan ketinggiannya dengan menyatakan dia sendiri tidak minta dilahirkan pendek.

“Kali pertama jumpa, dia cakap malu sebab pendek tapi saya tak kisah pun. Saya perasan setiap kali keluar mesti akan ada yang pandang baik lelaki atau perempuan.

“Mesti ada yang pandang BF atas bawah kemudian gelak-gelak.

Cinta yang sejati tidak melihat pada fizikal atau harta. - Gambar hiasan

Cinta sejati tiada kaitan dengan fizikal atau harta benda. -Gambar hiasan

“Kalau betul diaorang pandang atas dasar nak mengutuk tolong jangan buat macam tu pada orang lain juga,” dia memberi nasihat.

Katanya, isu ketinggian teman lelakinya itu turut menjadi topik perbualan rakan-rakannya.

“Ada yang pernah cakap nanti saya kahwin dengan dia anak saya pendek. Mesti saya sedih sebab kutuk kekasih saya.

“Tapi saya tak kisah. Sebab saya tahu pengorbanan BF dalam hubungan kami. Kami LDR (long distance relationship) dan dia lakukan segalanya untuk hubungan kami," katanya lagi.

Bercerita lanjut, katanya, lelaki itu sanggup ikat perut demi memastikan dia dapat makan, cukup wang untuk membayar komitmen hutang bahkan sanggup datang dari jauh untuk membantu keluarganya.

Perkongsian wanita ini mengundang pelbagai reaksi warganet dengan ramai memberikan kata semangat untuknya.

“Ingat satu je, nak jumpa lelaki baik macam cari 10 sen terjatuh di tengah lebuh raya, susah.

“Jangan peduli apa orang rasa, pandang atapun fikir. Lebih lagi benda yang melibatkan fizikal ni. Asalkan kita bahagia sudah memadai.

“Tak apa, saya pernah ada ex lagi tinggi, perangai khinzir. Keselesaan dan kesetiaan bukan terletak pada ketinggian tau," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain