suria

Dapat ‘result’ teruk, ibu jaja aib anak di media sosial... Ungkit pengorbanan tidur lewat sebab mengajar, tetap tak pandai juga

Markah seorang kanak-kanak Tahun 5 yang didedahkan ibunya di media sosial.

KEBANYAKAN ibu bapa gemar berkongsi perihal anak-anak di media sosial, salah satu sebabnya mahu dijadikan kenang-kenangan.

Seorang wanita memuat naik keputusan peperiksaan anaknya yang kurang memuaskan sambil meluahkan rasa kecewa dengan markah yang diperoleh.

Pada masa sama, dia seolah-olah merasakan usaha membantu anaknya mengulang kaji pelajaran dengan menyalin contoh soalan dan berjaga sehingga lewat malam, adalah tidak berbaloi

“Hari ni tengok result Matematik anak tahun 5. Sangat mengecewakan, separuh pun tak dapat... sebab kita yakin dia boleh jawab dan dia yakinkan kita yang dia boleh.

Peperiksaan dapat membantu mengenal pasti kebolehan murid.

Peperiksaan dapat membantu mengenal pasti kebolehan murid.

“Tapi bila dapat keputusan macam ni... awak ni belajar ke tidak? Soalan senang je dan buat revision dah banyak kali sebelum peperiksaan.

“Kalau tak buat tu lain cerita la, ni sampai tidur lewat malam sebab nak ajar dia bagi faham dan aku gigih tulis contoh soalan dua set bagi dia jawab disebabkan printer tiada dakwat. Penat tangan mak tau,” luahnya.

Berdasarkan gambar keputusan ujian yang dikongsikan bersama, anaknya memperoleh 23 markah daripada 50 soalan.

Meskipun hantaran yang dibuatnya itu sekadar luahan perasaan, namun ia mengundang pelbagai reaksi warga maya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecewa markah anak rendah, hati ibu ‘berbunga’ lepas terima mesej mengejutkan! Si kecil ada sifat luar biasa di sekolah

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu reda abang long hanya dapat 1A dalam SPM, percaya rezeki anak - “Add Math lulus, Matematik A bang!”

Malah wanita ini turut dikritik kerana dilihat cuba memalukan anak sendiri selain mengungkit pengorbanan yang telah dilakukan.

Antara yang tidak bersetuju dengan caranya itu adalah seorang lelaki yang tampil memberikan pandangannya di laman Thread.

Menurutnya, setiap ibu bapa pasti akan berasa kecewa apabila mengetahui keputusan peperiksaan anak yang kurang memuaskan.

“Kecewa kerana anak tak dapat result yang baik, memuaskan memang perit, tapi tak perlu nak tunjuk sangat kekecewaan tu di media sosial, biar tu antara awak dengan anak.

Semoga aku tak jadi mak macam ni kat anak aku, kalau anak dah usaha sehabis baik, nak merentan kenapa? Lainlah kalau anak malas usaha, tak mahu, kita pun tak ada usaha.

WARGA MAYA

“Bukan semua aib boleh dikongsikan. Kalau anak tu malas, boleh keras sikit ajarnya... tapi kalau dia semulajadi tak pandai tangkap ilmu, autism, masalah belajar, adakah awak akan kecewa juga?

“Anak bodoh masih boleh diselamatkan, tapi ibu bapa bodoh memang tak boleh diselamatkan,” ujarnya memberi pandangan.

Tambah pelayar ini, ibu bapa seharusnya menjaga aib keluarga supaya tidak diketahui orang luar dan bukan menjajanya di media sosial.

“Aib keluarga, biarlah dalam keluarga, tak baik share. Kita cuma mampu ambil kes ini sebagai peringatan dan iktibar supaya kita bermuhasabah diri dan beristighfar bila sesuatu berlaku di luar keinginan kita, Tuhan maha adil,” tambahnya.

Warga maya meluahkan kebimbangan sekiranya pendedahan aib keluarga menjadi trend di media sosial.

Warga maya meluahkan kebimbangan jika pendedahan aib keluarga menjadi trend di media sosial.

Di ruangan komen, kebanyakan warga maya bersimpati dengan nasib kanak-kanak tersebut dan menegur sikap ibu bapa yang gemar membuka aib anak.

“Kesian anak dia. Anak saya pun keputusan ujian dia macam-macam gred, dah dapat result kita nasihat dan ajar apa yang kena improve. Kalau sebab disiplin belajar teruk, kita marah tapi jangan sesekali kongsi di media sosial.

“Semoga aku tak jadi mak macam ni kat anak aku, kalau anak dah usaha sehabis baik, nak merentan kenapa? Lainlah kalau anak malas usaha, tak mahu, kita pun tak ada usaha.

“Sepatutnya dia berbangga dengan anak dia... mungkin cara dia yang memberi tekanan pada anak menjadi punca. Jadi ibu bapa kena tengok anak cenderung minat belajar kaedah macam mana,” demikian reaksi warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain