MEREKA yang kerap ke utara tanah air pasti sudah biasa dengan Terowong Menora di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Terowong sepanjang 800 meter ini terletak di bawah Banjaran Keledang dalam negeri Perak dan pengguna lebuh raya boleh menikmati pemandangan bukit bakau yang menghijau di kawasan ini. Melalui satu perkongsian di laman TikTok oleh @inorthson, dia mendedahkan lokasi air terjun dan sungai berhampiran Terowong Menora yang tidak diketahui ramai, tetapi kelihatan sangat seronok untuk mandi manda. Jalan menuju ke sungai. Dikatakan 'port' terpencil ini boleh dicari menerusi aplikasi pandu arah, Waze, hanya perlu memasukkan nama lokasi iaitu Lata Rambai 7. Dalam video tersebut, pemuda itu diperhatikan menunggang motosikal di lebuh raya PLUS menghala arah utara, kemudian apabila turun dari Terowong Menora, dia membelok ke kiri untuk memasuki satu laluan yang agak sempit. Selepas beberapa kilometer menelusuri laluan tersebut, dia akhirnya tiba di kawasan sungai dengan air yang jernih, suasana hening selain mempunyai pinggiran berpasir, sesuai untuk aktiviti berkelah atau berkhemah. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda teruja jumpa sungai di R&R, sayangnya tak ramai orang... rupanya ada cerita, penduduk tempatan lebih tahu ARTIKEL BERKAITAN: Dengar semula rakaman piknik di sungai, jelas suara perempuan mengilai tapi dinafikan orang kampung "Tepi highway Menora ada sungai weh, mohon jaga kebersihan dan sentiasa berhati-hati di sini," tulis @inorthson. Dia bersama rakan-rakannya dilihat memanfaatkan sebaik mungkin peluang ini untuk menyejukkan badan dan mengisi perut yang berkeroncong sebelum menyambung perjalanan, ibarat kawasan rehat dan rawat (R&R) versi semula jadi. Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memberikan peringatan kurang menyenangkan, kononnya tempat itu mempunyai ancaman yang boleh membahayakan nyawa. Habislah dah viral sungai ni, memang berpusu-pusu orang datang serbu, harapnya semua selamat pergi dan kembali. WARGA MAYA "Saya penduduk desa di sekitar situ, saya pun tak berani pergi ke sungai ni sebab bermacam kisah buruk yang pernah berlaku, antaranya dekat sini ada banyak kelibat Pak Belang (harimau). "Itu tak sebut lagi yang sungai ni lubuk alam ghaib seperti perkampungan bunian dan sarang pontianak, kalau nak pergi juga, mohon datang beramai-ramai, jangan bersendirian. Paling penting, balik sebelum Maghrib. Keadaan yang mendamaikan di sungai. "Kita pun sedia maklum betapa 'kerasnya' Terowong Menora tu, inikan pula sungai yang di dalam hutan, janganlah mencari nahas, tak sampai destinasi nanti. Lagi-lagi sekarang musim hujan, risau kepala air je. "Habislah dah viral sungai ni, memang berpusu-pusu orang datang serbu, harapnya semua selamat pergi dan kembali," demikian kata warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube