SEMAKIN ramai wanita tidak teragak-agak untuk berkongsi pengalaman mereka bertemu dengan lelaki ‘gatal’ di media sosial. Turut berdepan situasi sama, seorang wanita dikenali sebagai Jasmine menceritakan kisahnya yang berkenalan dengan lelaki berperangai tidak senonoh secara dalam talian. Membuat beberapa perkongsian di laman sosial, dia mendedahkan tangkap layar perbualan antara dirinya dengan dua kenalan lelaki . Perkongsian pertama tangkap layar menunjukkan lelaki berkenaan meminta dia berkongsi gambar buah dada, tetapi segera memberitahu ia sekadar gurauan. Tangkap layar perbualan WhatsApp Jasmine dengan kenalan lelaki. Lelaki itu juga memberi alasan dia sekadar ingin menguji sejauh mana kesanggupan Jasmine untuk bekongsi gambar diminta. “Tolong bincangkan? Aku ni punyalah blur malam ni, susah betul nak cari BF asyik kena macam ni je. “Siapa suka aku, tolonglah luahkan kat aku sebab lama aku tunggu ni,” katanya menerusi posting di muat naik. ARTIKEL BERKAITAN: Matang, kewangan stabil tapi masih solo! Pemuda serba sempurna pelik mat rempit lebih laris, mudah jumpa jodoh ARTIKEL BERKAITAN: Doktor janda 2 anak cari calon suami, tak kisah bujang atau duda janji sekufu... Titip nasihat buat budak hingusan komen negatif Perkongsian tangkap layar kedua, memaparkan perbualan dengan lelaki berbeza bagaimanapun kurang jelas. Bagaimanapun, lelaki terbabit dipercayai meminta Jasmine menghantar gambar bahagian tubuh tertentu. Susulan kejadian itu, wanita ini berkata dia mula trauma untuk meneruskan pencarian pasangan secara online kerana kerap bertemu lelaki yang gemar melucah. “Macam mana aku tak trauma dengan lelaki. Jumpa pula semua otak biru. Macam mana aku tak trauma dengan lelaki. Jumpa pula semua otak biru. JASMINE “Penat jumpa lelaki macam ni, minta nak tengok body la, suruh free hair la, ingat aku ni perempuan murahan online ke?” katanya lagi. Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menyarakan supaya dia segera angkat kaki jika bertemu lelaki sebegitu. “Cubaan untuk mencari betina, bukan isteri! Jauhi lelaki begini. Saya sebagai lelaki pun malu baca text macam ni. Dia meminta tapi cuba cover salah. Harap dia berubah jadi lelaki lebih baik di masa akan datang. Mesej yang diterima membuatkan Jasmine trauma mencari pasangan secara online. “Saje test? Maksudnya semua perempuan dia try and error ke sebelum ni? “InshaAllah satu hari nanti awak akan jumpa yang tak tanya soalan-soalan macam ni langsung sebelum kahwin. “Jangan! Tolong tinggalkan lelaki macam ini. Lelaki baik pasti akan hormat awak sebagai wanita dan tak akan minta yang bukan-bukan. “Biasa yang macam ni buat main-main, bila dah bosan dia tukar perempuan lain. Kesian orang lelaki macam ni," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube