suria

Mentua suka banding wajah, siapa lebih comel... Menantu terpaksa ‘sound’, asyik suruh picit hidung cucu baru lahir nak bagi mancung

Seorang wanita kecewa dengan sikap ibu mentua yang sering membeza-bezakan wajah anak-anaknya. -Gambar hiasan

MEMBANDINGKAN wajah anak cucu antara sikap dan amalan lapuk yang seharusnya dihentikan dalam kalangan orang tua.

Tindakan membeza-bezakan fizikal mahupun kecerdasan otak sesama ahli keluarga hanya akan menjadikan ibu bapa tertekan dan anak-anak dibesarkan dalam suasana tidak sihat.

Seperti mana dilalui oleh ibu kepada dua cahaya mata ini, dia meluahkan rasa kecewa dengan ibu mentua yang gemar membandingkan wajah anak-anaknya dengan melihat siapa yang lebih comel atau kacak.

Katanya, sikap sebegitu benar-benar mengguris hatinya sebagai insan yang mengandung dan membesarkan bayi-bayinya.

Setiap anak dilahirkan dengan kelebihan dan kesempurnaan tersendiri. - Gambar hiasan

Setiap anak dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan tersendiri. -Gambar hiasan

“Hai, saya saja nak meluahkan pengalaman ketika melahirkan anak pertama. MIL (mother in law) gemar membandingkan anak saya dengan ayahnya (suami).

“Dia (ibu mentua) cakap suami saya lagi comel, putih melepak. Pada mulanya, saya boleh tahan lagi. Selama dua tahun setiap kali berjumpa, dia (ibu mentua) akan ulang ayat yang sama.

“Ada sekali tu saya tak tahan, saya balas mungkin Hassan (suami) kena kahwin dengan orang lagi cantik baru dapat anak comel sangat-sangat. Kemudian dia (ibu mentua) kata 'eh bukan itu maksud ibu',” luah wanita ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Mak pilih bulu, gadis sering jadi sasaran makian... dikerah macam kuli, adik-beradik lelaki pemalas tetap anak kesayangan

ARTIKEL BERKAITAN: Borak raya bertukar duka! Anak terguris bapa perlekeh suami depan saudara mara, risau terbenci mak ayah sendiri

Menurut wanita ini, dia kemudian melahirkan anak keduanya pada Oktober lalu dan pulang bertemu ibu mentua sebulan kemudian.

Katanya, perkara sama masih berulang tetapi kali ini ibu mentuanya membandingkan wajah bayi yang baru lahir dengan anak pertamanya pula.

“Dia (ibu mentua) tenung anak kedua saya sambil berkata Haydan (anak pertama) dulu keluar terus nampak handsome. Tambah dia (ibu mentua), 'moga-moga ikut muka abang Hayden'.

“Saya tak faham kenapa ibu mentua suka membandingkan cucunya. Pada saya, asalkan anak-anak cukup sifat, sihat dan sempurna pun dah bersyukur.

Saya tak faham kenapa ibu mentua suka membandingkan cucu.

MENANTU

“Saya terasa sangat. Atau mungkin kerana saya tengah dalam tempoh berpantang dan emosi tak stabil?” soalnya.

Bercerita lanjut, wanita ini berkata, ibu mentuanya juga menyuruh dia memicit-micit hidung anak keduanya yang mana warga emas itu percaya amalan itu dapat menjadikan hidung mancung.

“Patut ke saya terasa? Lepas tu dia (ibu mentua) suruh saya picit hidung anak kedua agar hidungnya mancung.

“Saya cuba untuk abaikan, tapi jika fasal anak memang tersemat la kat hati ni,” katanya.

Sikap segelintir individu yang suka menyentuh tentang fizikal anak boleh menyebabkan ibu murung. - Gamar hiasan

Sikap individu yang suka menyentuh tentang fizikal anak boleh menyebabkan si ibu murung. -Gambar hiasan

Perkongsian ini mencuri perhatian warga maya terutama dalam kalangan wanita yang turut berkongsi pengalaman mereka berdepan situasi sama.

Malah, ramai mendedahkan bahawa sikap suka membeza-bezakan cucu dan anak adalah perkara biasa yang berlaku dalam kalangan ibu bapa sendiri atau mentua.

“Anak saya coklat, kulit dia ala- latte tu. MIL selalu sangat bandingkan anak saya dengan anak jiran. Saya jawap, bapanya pun hitam, mak pun coklat. Tak kan keluar anak putih macam susu pula. Diam orang tua tu.

“Dia tak tahu ke ada pasangan ni biasa saja muka, tapi anaknya lawa atau kacak, kena tahu dan faham kuasa Allah.

“Tak apa, mak saya masa baby kecil lagi kan banyak bulu halus dia ingat terkenan dengan pelekat monyet saya selalu hantar kat Whatsapp. Dah besar dah budaknya, tak ada pun bulu, lagi putih dari maknya.

“Saya anggap orang tak berpelajaran memang suka shaming.

“Teringat lagi masa kecil ibu bapa selalu pesan picit hidung bagi mancung. Dah besar fikir semula, tak apalah hidung penyet,” demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain