MASALAH kesihatan mahupun kesukaran untuk keluar rumah membuatkan kebanyakan individu melakukan pembelian secara dalam talian menggunakan perkhidmatan penghantar atau rider. Messkipun tugasan penghantaran adalah kerja hakiki kelompok tersebut, ada yang gemar merungut apabila mendapat tugasan. Malah ada yang mempertikaikan pembelian dibuat pengguna e-dagang seolah-olah ia tidak berbaloi untuk dilakukan. Mesej yang diterima daripada rider terbabit. Situasi sama dilalui seorang wanita selepas pembeliannya melalui e-dagang dipersoalkan seorang rider. Berdasarkan tangkap layar mesej dengan rider yang dikongsi di media sosial, lelaki berkenaan seakan-akan menyindirnya kerana membeli sebotol air bikarbonat. Tambahan pula tempahan dibuat pada pukul 12 tengah malam. ARTIKEL BERKAITAN: Rider kecut perut tumpahkan minuman, siap suruh minta refund... Pelanggan tunjuk reaksi tak disangka-sangka ARTIKEL BERKAITAN: Rider tercegat depan pintu, siap tekan loceng 2 kali... Rupanya tunggu pelanggan hulur duit makan, paling penting nak tunai “Allahuakhbar, 100plus semata. Sila minum sampai kencing manis, sila-sila,” tulis rider terbabit di ruangan mesej. Tingkah laku dan kata-kata yang dianggap sebagai biadab membuatkan wanita ini memintanya untuk membatalkan saja perkhidmatannya. Order satu barang marah, order barang sampai tak muat beg bakul motor dia pun marah. Semua tak kena. WARGA MAYA “Kalau tak boleh ambil, batal je bang. Ada sebab kenapa orang order pakai Grab, bukan pergi beli sendiri. “Ada sebab kenapa beli 100plus tengah malam ni pakai Grab. Kalau penat balik je bang, offline je,” luahnya geram. Menurut wanita ini, pembelian tersebut dibuat kerana dia sedang demam dan tiada siapa dapat membantu membelikan minuman tenaga tersebut. Luahannya itu mendapat perhatian warga maya termasuk beberapa individu yang turut bekerja sebagai rider. Terdapat warga maya yang mengalami situasi sama. Tidak kurang juga yang berkongsi tip untuk memastikan rider bermasalah diberikan pengajaran sewajarnya. “Biasa driver memang tak akan cancel, dia akan 'palau' (aniaya) selagi boleh, dia ingat aku bodoh, aku screenshot details, aku screen record kereta dia yang tak bergerak tu from time to time, pastu aku adukan kat Grab. “Order satu barang marah, order barang sampai tak muat beg bakul motor dia pun marah. Semua tak kena. “Kadang orang tu betul-betul tak larat, demam yang tak boleh bangun dan dia duduk sendirian pula. Jadi salah ke kalau dia nak order? Kalau rasa terbeban sangat, batal je tempahan tu. “Dulu pernah patah kaki tak boleh berjalan. Duduk apartment. Order makanan Grab dapat rider baran jenis tak mahu hantar sampai rumah, suruh ambil dekat pondok pengawal,” demikian perkongsian pengalaman warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube