MEREKA yang baru melangkah ke alam pekerjaan sering dinasihatkan untuk menjaga tutur kata dan tingkah laku dalam mewujudkan hubungan baik dengan rakan pejabat. Di media sosial seorang wanita berkongsi masalah yang dialaminya gara-gara bersikap ‘jujur’ sehingga dia dipulaukan pekerja senior di syarikat yang baru disertainya. “Aku rasa macam ada perkara yang tak kena kat tempat kerja sekarang. Aku baru kerja kat sini, rasa macam aku ni terlalu jujur masa bergaul dengan staf dan bos. Rakan sekerja gemar menghabiskan waktu rehat bersama. -Gambar hiasan “Ada staf senior yang mula ignore aku, tapi aku tak pasti aku buat salah macam mana sampai jadi begitu. “Masalahnya, aku memang terpinga-pinga dengan kesalahan aku sebab staf tak pernah terus terang apa yang aku buat salah. Mungkin sebab tak rapat, jadi tak kan mereka nak tegur,” luahnya di laman sosial. Dia yang tidak selesa dengan situasi dialami mula mengimbas tingkah lakunya dari hari pertama dia bekerja di syarikat itu. ARTIKEL BERKAITAN: Makcik pejabat buat kecoh, minta junior belanja teh boba seorang secawan! Konon ambil berkat dapat gaji pertama ARTIKEL BERKAITAN: Lucu tapi benar, HR siasat aduan kentut di pejabat... Rakan sekerja terus insaf, gurauan dipandang serius Setiap perkara diperincikan sehinggalah dia mengimbas kembali tentang perbualan bersama majikan. Meskipun ia berkaitan perihal syarikat, namun butir bicaranya ketika itu adalah berhubung gerak kerja rakan sepejabat. “Aku memang rasa aku salah sebab terlalu jujur dengan bos pasal cara kerja staf. “Aku pun perasan yang staf senior ada hide story (media sosial) dia dari aku, mesti ada perkara yang aku buat buat mereka rasa kurang selesa tapi sumpah aku memang tak tahu salah apa,” tambahnya. Nak borak dengan superior jangan suka petik nama orang lain... selalunya orang lain tak selesa terutamanya perkara tu berbaur negatif. WARGA MAYA Menyesali apa yang telah terjadi, dia cuba mendapatkan pandangan daripada warga maya supaya dapat menjadi individu yang profesional serta disenangi rakan sekerja. “Apa yang aku boleh buat untuk jadi lebih baik, profesional dan tak buat orang lain rasa jauh dari aku? “Aku tau yang hidup aku mungkin ada masalah sebab tak ramai kawan. Mungkin sebab aku yang tak pandai bergaul dan mungkin ada benda dalam cara aku yang buat orang menjauh. “Jadi, aku memang nak sangat dapatkan pandangan dan teguran supaya korang boleh 'basuhkan' otak aku dan aku nak perbaiki diri,” ujarnya memohon pandangan. Warga maya memberi nasihat dan pandangan masing-masing. Permintaannya itu membuatkan warga maya tampil memberikan nasihat di samping berkongsi pengalaman tentang cara pergaulan di pejabat. “Berdasarkan pengalaman, baik macam mana pun bos awak... sebaiknya tak perlu kongsikan apa-apa tentang gerak kerja staf atau kisah peribadi sendiri. “Sebagai pendatang baru, banyakkan memerhati berbanding bercakap dan selepas dah tahu rentak di pejabat tu barulah bekerja sepertimana yang sepatutnya. “Nak borak dengan superior jangan suka 'petik' nama orang lain... selalunya orang lain tak selesa terutamanya perkara tu berbaur negatif. “Mana-mana tempat kerja pun, dengan bos atau pekerja lain, jangan mudah berkongsi cerita. Tetapkan dalam hati yang dinding dan kerusi pun bercakap,” demikian antara nasihat warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube