suria

Wanita hilang keyakinan diri gara-gara nama seperti lelaki, pernah nak tanya ibu ayah tapi hajat tak kesampaian

Seorang wanita hilang keyakinan diri apabila ada yang menjadikan namanya sebagai topik perbualan. -Gambar hiasan

NAMA yang diberikan ibu bapa semasa lahir akan digunakan oleh anak-anak sepanjang kehidupan mereka.

Memiliki nama unik turut mempunyai kelebihan buat seseorang kerana kenalan baharu akan cepat dan mudah mengingatinya walau baru sekali berjumpa.

Namun, siapa sangka nama yang sinonim dengan perempuan tetapi diberikan kepada bayi lelaki dan sebaliknya akan mencetuskan masalah dan cabaran.

Sebagai contoh, nama seperti gender berlawanan akan menimbulkan kekeliruan terutama dalam urusan rasmi.

Wanita ini merasakan lucu jika ditemukan dengan jodoh yang memilki nama serupa. Gambar hiasan

Seorang wanita membayangkan dia ditemukan jodoh dengan lelaki yang memilki nama serupa. -Gambar hiasan

Malah, kelainan ini juga boleh meragut keyakinan empunya badan selain menjadi topik atau bahan ejekan kawan-kawan.

"Antara sebab malas nak kenal dengan orang adalah kerana nama saya macam lelaki,” luah seorang wanita di media sosial.

Ketika dihubungi mStar, wanita berusia 35 tahun ini berkata, kebanyakan individu yang baru berkenalan dengannya tidak percaya apabila diberitahu namanya adalah Siti Firdaus.

Malah, ramai juga yang berkata namanya seperti lelaki dan perkara itu terpaksa dilalui sejak kecil setiap kali memperkenalkan diri sehingga membuatkan dia hilang keyakinan diri.

Berasal dari Kelantan, wanita ini berkata namanya ini sedikit sebanyak membuatkan dia terasa hati dan memendam perasaan namun tidak sempat bertanya lebih lanjut kepada ibu dan bapanya yang sudah meninggal dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: Tular 2023: Dipanggil Sayang di dewan konvokesyen, si cantik bijak dedah impak nama unik

ARTIKEL BERKAITAN: Penceramah naik darah peserta kursus guna nama ‘catchy’, degil tak ikut nasihat... Rupanya sah ‘Baby Girl’ dalam rekod JPN!

“Bila saya cakap nama saya Siti Firdaus, people be like nama laki tu dan perkara ini meragut keyakinan diri sepanjang hidup saya.

“Agak-agak ada tak orang yang boleh terima saya yang bernama Firdaus ni?” katanya yang merupakan seorang eksekutif.

Siti Firdaus bagaimanapun sempat berseloroh dan berasa lucu seandainya dipertemukan jodoh dengan lelaki bernama Firdaus, sama seperti namanya.

“Tapi kalau ditakdirkan bersama lelaki bernama Muhammad Firdaus mesti lucu.

Agak-agak ada tak orang yang boleh terima saya yang bernama Firdaus ni?

SITI FIRDAUS

“Dalam kad kahwin tulis macam ni, 'dengan segala hormatnya dijemput tuan/puan ke majlis perkahwinan anak kami Siti Firdaus dengan pasangannya Muhammad Firdaus',” katanya, sambil meambah majikannya juga keliru dengan namanya walaupun sudah setahun bekerja.

Dalam pada itu wanita ini juga menasihati ibu bapa untuk memilih nama yang baik dan sesuai untuk anak-anak sebelum membuat pendaftaran

"Kita tak boleh pilih nama sendiri, tapi kita boleh pilih untuk bahagia. Ada kala saya masih tertanya-tanya apa yang difikirkan ibu bapa saya ketika memilih nama.

"Jadi pesanan saya, kepada ibu bapa jangan main beri saja nama anak, silap pilih terseksa jiwa anak-anak nak teruskan hidup dengan soalan diajukan masyarakat," katanya.

Setiap ibu bapa pasti ternanti-nanti untuk memberikan nama bayi mereka. Gambar hiasan

Setiap ibu bapa akan membuat persedian nama sebelum bayi mereka lahir. -Gambar hiasan

Perkongsian Siti Firdaus ini meraih perhatian warganet dengan ramai berkongsi pengalaman mereka yang turut mempunyai nama seperti lelaki atau wanita.

Ada juga yang menyuarakan pengalaman mereka kerana memiliki nama yang unik dan sukar untuk disebut.

Warganet turut memberikan maksud kepada nama Firdaus dimilikinya dan mendoakan dia bertemu dengan jodoh dicari.

“Nama saya Nor Hanis dan saya lelaki, bayangkan apa yang perlu saya lalui sejak berusia lima tahun sehingga kini dah 30 tahun lebih. Selepas membuat kajian, itu sebenarnya nama lelaki.

“Pesakit aku lelaki tapi nama dia Nur Ain Syafiqa. Aku ingat dia tipu. Sekali minta kad pengenalan betul nama dia.

“Kawan perempuan saya nama Siti Borhan," antara komen diberikan warganet.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain