PENGGUNAAN media sosial yang semakin meningkat secara tidak langsung mempengaruhi perilaku dan cara seseorang itu berfikir. Malah, bagi golongan yang taksub kepada media sosial, mereka akan menjadikan platform itu sebagai ruang untuk mempamerkan kekayaan dan gaya hidup mewah sedangkan kehidupan mereka biasa-biasa sahaja. Seorang gadis menjadi perhatian di media sosial apabila memuat naik posting mencari servis sewa telefon bimbit jenis iPhone 16, keluaran terbaharu syarikat Apple. Hampir semua individu pada masa kini memiliki telefon pintar. -Gambar hiasan Jelas gadis ini, dia hendak menyewa telefon pintar berkenaan selama tiga hari sahaja, bertujuan untuk menunjuk-nunjuk. Dia bagaimanapun tidak menjelaskan dengan lebih lanjut kepada siapa dia mahu 'menayang' peranti tersebut. “Korang, bantu saya cari sesiapa yang buat sewa iPhone 16, tak kisah warna apa. ARTIKEL BERKAITAN: Baru dapat 4K sebulan dah beli kereta import, sewa rumah 1K! Kakak gaji lebih tinggi risau tengok adik nafsu T20 berbelanja ARTIKEL BERKAITAN: Kemaruk guna iPhone, sanggup buat pinjaman lebih RM4,000... Akhirnya merungut sengsara bayar hutang “Saya nak sewa untuk tiga hari. Alasan untuk flexing (menunjuk-nunjuk) sahaja. Tolong 'repost' supaya saya boleh sewa telefon pintar berkenaan,” tulisnya. Menulis di ruangan komen, gadis ini mendakwa dirinya kini sedang menggunakan iPhone 15 Pro dan belum bercadang untuk bertukar kepada model terbaharu. “Bukan tak mampu nak beli iPhone 16, tapi saja nak flex kat kawan,” tulisnya ringkas. Mula-mula flex telefon, nanti flex BF pula. Dah satu hal nak cari lelaki kacak untuk tiga hari. WARGANET Selepas dikecam hebat, dia memuat naik satu lagi posting memaklumkan bahawa dia akan membeli iPhone 16 gara-gara tidak mendapat penyelesaian menerusi posting terdahulu. “Okay semua bertenang, nanti saya beli (iPhone 16). Tak ada yang membantu, semua nak kecam saja.” katanya. Apa yang dilakukan gadis ini mengundang pelbagai persepsi warganet, bahkan ada yang melabelkan dirinya kurang bijak kerana sanggup menyewa hanya untuk dilihat hebat di mata orang lain. Sikap mahu sentiasa ikut trend hanya akan membazir wang. -Gambar hiasan Ada juga warga maya yang menyarankan individu ini supaya berpijak di bumi nyata. “Yang aneh-aneh generasi sekarang. “Tak perlu bergolok gadai semata-mata nak flexing, berdiri dan hidup dalam dunia nyata. "Kesian generasi sekarang nak flex tunjuk kaya tapi sebenarnya miskin. "iPhone jadi bahan flexing? Tak mahal sangat dan tak rare pun “Tak payah nak flex dik, menunjuk-nunjuk ni sifat yang tak baik. Lagipun kalau orang tahu awak sewa iPhone, orang gelak kat awak. “Mula-mula flex telefon, nanti flex BF pula. Dah satu hal nak cari lelaki kacak untuk tiga hari,” demikian antara komen diberikan warganet. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube