KATA-kata yang keluar dari mulut seorang jiran masih segar dalam ingatan pemuda ini walau kejadian sudah 20 tahun berlaku. Pengalaman pahit itu dilalui oleh Azwan Jamil melalui satu hantaran di TikTok, menceritakan bagaimana ikan bakar yang disedekahkan kepada jirannya, seorang bekas penjawat awam, dihina. Reaksi jirannya sejurus menerima hidangan itu amat mengecewakan Azwan, apabila dia berkata ikan tersebut hanya sesuai untuk kucing. Tidak cukup dengan hinaan itu, dia diketawakan pula beramai-ramai oleh ahli keluarga 'pakcik gomen' berkenaan, Seorang lelaki ikhlas bersedekah ikan bakar kepada jirannya. -Gambar hiasan "Saya pernah sedekah ikan bakar kepada jiran pencen gomen (kerajaan). "Dia terima sambil kata ikan untuk kucing makan saja ni. "Sambil ketawa beramai-ramai dengan anak menantu dia," tulisnya pada video berkenaan. Menurut Azwan, kata-kata tersebut mungkin sekadar gurauan tetapi ia amat mengguris hati sehingga kesannya dapat dirasakan sampai ke hari ini. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terkejut ruang parkir dan laman rumah jadi kebun, jiran tiada adab selamba tanam cili tak minta izin ARTIKEL BERKAITAN: Jiran geram laman rumah penuh daun pokok sebelah, ranting atas kereta... Ramai kongsi tip ‘kasi settle’, tapi ini nasihat UAI Menurut pemuda itu lagi, dia kini tidak tahu mengenai status atau keberadaan individu berkenaan. "20 tahun berlalu rasanya dia tu sudah dimakan tanah dah. "Betul la kata orang, lidah itu lebih tajam daripada pisau," ujarnya lagi. Perkongsian lelaki ini mendapat pelbagai respons di TikTok dengan ramai bersimpati atas apa yang dilaluinya. Sebab tu bagi saya rasa lebih baik sedekah makanan dekat haiwan. NETIZEN Tidak kurang juga meninggalkan komen berhuung tindakan bekas penjawat awam tersebut terhadap Azwan. "Betapa pentingnya jaga tutur kata kita sesama manusia kan. 20 tahun berlalu pun masih tersemat dalam ingatan. "Mungkin salah faham kot. Maksudnya dia gurau tu sebab awak bagi sikit sangat, famili dia ramai. "Saya suka memasak bagi orang makan. Takat ni tak ada lagi yang menghina makanan. Minta jauh la sebab saya jenis mudah kecil hati. Sekali saya kecil hati, jangan harap nak rasa lagi. Komen netizen di Facebook. "Sebab tu bagi saya lebih baik sedekah makanan dekat haiwan. Tak kan menolak bahkan akan mendoakan kita dengan izin Allah. Kalau sedekah dekat manusia kena pula dengan manusia 'busuk'," ujar beberapa netizen. Dalam pada itu, ada juga segelintir warganet berkongsi pengalaman mereka berdepan situasi hampir sama. "Mak aku pernah bagi jiran bubur lambuk, lepas tu jiran cakap apa mcm muntah kucing. Sejak tu tiada lagi makanan sampai kat rumah dia "Saya pernah kena. Dengan adik beradik yang kerja kerajaan. Kenapa masak sikit sudah tahu orang datang ramai. Masa tu bukan tak nak sediakan cuma itu je mampu sediakan," komen beberapa netizen lain lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube