suria

Bengang diajak ke kedai emas suami campak sushi, tinggal isteri sendirian di mall! Dulu masa terdesak habis barang kemas bini digadai

Wanita dan emas memang tidak dapat dipisahkan. -Gambar hiasan

SEMAHAL mana pun harga emas, golongan wanita akan sedaya upaya menyimpan wang malah sanggup berjimat dalam usaha untuk memilikinya.

Andai berlaku kecemasan yang memerlukan wang digunakan dalam jumlah banyak, emas adalah penyelamat kerana ia boleh digadai atau dijual.

Begitu juga dengan wanita ini yang pernah menggadaikan emasnya demi suami, namun kecewa apabila pengorbanannya tidak dihargai malah lelaki itu menganggap membeli emas adalah satu pembaziran.

Emas sangat membantu ketika dalam keadaan terdesak. - Gambar hiasan

Emas sangat membantu ketika dalam keadaan terdesak. - Gambar hiasan

Menerusi perkongsiannya di media sosial, wanita ini menceritakan bagaimana pergaduhan tercetus disebabkan dia mahu singgah ke kedai emas dan membeli cincin tetapi tidak diizinkan oleh suami.

Jelasnya, dia mahu berkunjung ke kedai emas selepas perancangan awal untuk mencantikkan kuku terpaksa dibatalkan kerana kedainya tutup.

"Kedai kuku tutup, jadi dia minta aku untuk belanja sushi. Aku pun belanja. Depan kedai sushi, ada kedai emas. Aku minta singgah kedai emas. Aku ada letak deposit RM100 kat kedai tu, jadi aku rancang nak pakai deposit tu untuk beli cincin guna duit aku memandangkan aku ada masa sebab kedai kuku tutup.

"Tiba-tiba dia (suami) buat muka, dia tak suka aku bazir duit beli cincin. Pada dia tiba-tiba, pada aku, aku dah rancang lama," kongsinya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Putus cinta selepas makwe hutang RM30,000, lelaki susun strategi dapatkan semula wang guna emas... Peguam bagi ‘lampu hijau’

ARTIKEL BERKAITAN: 22 tahun pakai di leher, akak Kelantan terkejut untung berlipat kali ganda selepas jual rantai emas - “Tahu-tahu duit beranak”

Wanita itu berkata, hasratnya untuk membeli cincin baharu sudah lama tertangguh memandangkan mereka mempunyai anak kecil dan dia tidak berkesempatan untuk ke kedai emas.

"Sekarang ada masa, aku singgah tengok cincin dan terus nak beli. Kemudian kami gaduh, aku nak beli sebab duit aku, dia buat muka sebab rasa aku membazir. Aku tak jadi beli. Aku duduk kat tepi jap makan sushi yang aku bungkus tadi.

"Aku marah dia sebab buat muka. Dia marah aku sebab marah dia. Aku kata dah la tak nak gaduh, makan sushi ni. Dia campak sushi aku belikan. Dia kata jom balik. Aku kata aku nak habiskan sushi tu dulu. Dia terus gerak tinggalkan aku kat mall," katanya.

Sajat (pempengaruh) pernah berpesan kalau negara perang, bank masalah, emas laku untuk guna kat mana-mana pelosok dunia sekalipun.

WARGA MAYA

Bercerita lanjut, katanya, dia menyangka suami hanya bergurau apabila meninggalkan dia bersendirian di pusat beli-belah, namun ternyata dia terus pulang ke rumah.

"Aku ingat dia acah je, tau-tau mak aku kata dia dah kat rumah, aku pun terus check-in hotel. Pagi tu baru aku balik. Aku benci dia," kata wanita itu.

Menjengah ke ruangan komen, netizen menasihatkan wanita berkenaan supaya tidak menggadaikan emas jika suaminya meminta berbuat demikian dalam keadaan terdesak.

Namun wanita itu mengakui sebelum ini pernah menggadaikan cincin dan gelang, tetapi tidak ditebus kembali oleh suaminya.

"Cincin dengan gelang dah kena gadai awak, katanya nak ambil, bunga pun tak bayar, lebur gitu je. Tapi gelang tu dia yang bagi, lepas ni nak beli sendiri, supaya bila dia nak gadai, saya akan cakap tidak," dedah wanita itu lagi.

Reaksi netizen.

Reaksi netizen.

Netizen bersetuju dengan tindakan wanita itu membeli emas apabila mempunyai wang kerana ia adalah pelaburan menguntungkan.

"Adoi kenapa laki ni dia tak fikir panjang, harga emas kan naik, dia perlu tahu ia tak membazir, kita panggil simpanan pada masa depan.

"Dulu suami saya pun tak suka saya beli barang kemas. Tapi bila masa sesak tu saya masuk ar Rahnu, baru dia tahu hobi bini dia ni berguna. Sabar ya, kalau saya, saya bahasakan balik.

"Kena beritahu emas ni pelaburan. Harga makin naik tiap tahun. Bukan bazir duit beli saja-saja. Sajat (pempengaruh) pernah berpesan kalau negara perang, bank masalah, emas laku untuk guna kat mana-mana pelosok dunia sekali pun," kata beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain