RAKAMAN video seorang warga emas berbicara tentang kematian meruntun hati warga maya. Menerusi video itu, dia merasakan ajal bakal menjemput namun keesokan paginya masih bernafas seperti biasa. “Malam tadi aku dah cakap, biarlah aku mati. Tak mati pula. Hmm, susahlah,” luahnya dalam nada sayu. Dia yang ketika itu berada di samping cucu, kemudiannya berkata usia yang panjang telah membuatkan orang sekeliling terseksa dan susah. Iman sentiasa meluangkan masa bersama datuk dan neneknya. Lebih menghibakan apabila dia dilihat mengelap air mata tatkala meluahkan kesedihan di hati. Isterinya juga berada dalam keadaan uzur dan sering terlupa dengan situasi semasa yang berlaku. “Nenek kau dengan cara nenek kau,” tambahnya yang cuba menjernihkan kembali suasana. Video yang mendapat 3.9 juta jumlah tontonan itu merupakan rakaman spontan dibuat kira-kira empat tahun lalu yang kembali dimuat naik pelayar TikTok @babaglowup. ARTIKEL BERKAITAN: Tinggal dengan atuk di kampung, ahli keluarga cuma pandai bagi arahan, kritik sedap mulut dari jauh - “Nak je aku suruh balik jaga” ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz hairan geng mat motor iring jenazah warga emas, persoalan terjawab lepas dekati anak arwah Ketika dihubungi mStar, pemilik video yang ingin dikenali sebagai Iman Zulhakim berkata, rakaman video itu dibuat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana datuknya, Abdul Wahab Hussien, 84 tahun kerap demam dan sakit perut. “Atuk ada buat pembedahan usus pada awal 2021 dan disahkan menghidap kanser usus. Sekarang atuk menggunakan stoma bag di perut dan tinggal bersama Pak Long saya di Terengganu manakala nenek Rokiah Jais tinggal di Johor bersama keluarga saya,” ujarnya memulakan cerita. Dia yang mesra disapa Iman berkata, datuk dan neneknya yang juga berusia 84 tahun akan dipertemukan apabila terdapat cuti panjang, pada hujung minggu atau apabila datuknya teringin pulang ke kampung halaman di Kota Tinggi, Johor. Bilik tu dibuat lebih 10 tahun yang lalu ketika atuk masih sihat dan idea timbul daripada pengalaman atuk semasa melihat orang sukar memandikan jenazah kawan-kawannya. IMAN ZULHAKIM Menurut bapa kepada dua cahaya mata ini, datuknya adalah seorang yang sering mengenangkan kematian terutama apabila sedang sakit. Disebabkan itu, dia bersama sepupu-sepupu yang lain sentiasa memberi sokongan emosi supaya datuknya terus kuat. Iman yang gemar berkongsi perihal kedua-dua warga emas itu turut menjelaskan tentang ‘bilik mati’ yang disebutkan di dalam video tular. Bilik mati warga emas dibina sejak 10 tahun lalu. “Atuk namakan bilik mati sebab ruang itu dibuat bagi memudahkan urusan jenazah apabila berlakunya kematian. “Bilik tu dibuat lebih 10 tahun yang lalu ketika atuk masih sihat dan idea timbul daripada pengalaman atuk semasa melihat orang sukar memandikan jenazah kawan-kawannya. “Ruang juga dibuat besar dan boleh menampung jemaah yang ramai selain terdapat sebuah katil yang diletakkan mengadap kiblat bagi urusan kafan,” katanya yang berusia 24 tahun. Ragam datuk dan nenek Iman mencuit hati warga maya. Menurut Iman, bilik tersebut turut mempunyai akses ke garaj bertutup bagi memudahkan urusan mandi kerana air akan terus mengalir ke saluran luar di samping mempunyai pili khas. Malah katanya, van jenazah juga boleh terus parkir di garaj supaya jenazah mudah diangkat masuk. Bagaimanapun, pada masa ini, bilik tersebut menjadi tempat untuk datuknya solat dan mengaji, atau dijadikan ruang tidur sanak saudara yang pulang ke kampung halaman. Dia yang bakal meraikan majlis konvokesyen di Dewan Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka pada Ahad ini berkata, perkongsian tentang telatah datuk serta neneknya itu adalah sekadar berkongsi rasa dan pengalaman. Malah kata graduan Ijazah Sarjana Muda Kaunseling di Universiti Islam Melaka (UNIMEL) ini, kebanyakan video adalah rakaman yang dibuat sekitar empat tahun lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube