SABAN hari, konflik antara mentua dan menantu sering menjadi topik hangat apabila dikongsikan di media sosial. Seperti yang berlaku kepada seorang wanita, dia menceritakan semula ketegangan yang timbul apabila ibu mentua yang dilabel toksik menganggap dirinya hanya duduk goyang kaki di rumah. Dia yang kini sedang hamil memberi contoh satu situasi, di mana dia disindir oleh mentua apabila meminta bantuan suami menyambung membuat kerja rumah disebabkan sedang menanggung kesakitan akibat kontraksi. "Dapat mentua toksik ni memang azab ya. Saya pagi-pagi buta lagi sudah bangun cuci baju menggunakan tangan saja. Lepas tu nak sidai. Seorang mentua kurang senang dengan apa yang berlaku dalam rumah tangga anaknya. -Gambar hiasan "Tak habis saya sidai sebab tengah menahan kontraksi. Saya minta tolong suami (sambung) sidai. Mak mentua marah-marah sebab tolong isteri buat kerja. "Mak mentua saya cakap bagus la buat kerja semua tu. Biar dibodoh-bodohkan bini," dia menceritakan sikap ibu mentua di grup Facebook Kisah Rumah Tangga. Sikap mentuanya itu ternyata memberi tekanan mental dan emosi kepada dirinya yang dipandang rendah oleh mentua. ARTIKEL BERKAITAN: Balik rumah asyik tidur, mak mentua canang sekampung perangai menantu... Siap larang anak tolong isteri buat kerja rumah! ARTIKEL BERKAITAN: Mak mentua merajuk, ‘block’ anak menantu di WhatsApp... Rupanya kecil hati lepas ditegur kerap terjah rumah, siap ada kunci pendua! Menurut pengadu tanpa nama ini, ibu mentuanya terlalu mengawal dan menyibuk hal rumah tangganya tanpa memikirkan perasaan orang lain. "Sidai baju je pun. Padahal suami saya satu kerja pun tak buat. Anak pun tak nak jaga. Semua benda saya buat. "Mak mentua saya ni jenis suka menyibuk hal anak-anak. Kalau anak dia sah-sah bersalah pun, dia back up (bela)," kata pengadu itu lagi. Anak jantan tu kalau nak manjakan sangat jangan bagi kahwin. NETIZEN Luahan yang dikongsikan wanita ini ternyata mengundang pelbagai pendapat dan persepsi orang lain terhadap sikap mentuannya. Rata-rata mencadangkan agar suaminya mencari penyelesaian supaya kedua-dua pihak tidak lagi tinggal di bawah satu bumbung sama. "Sendiri salah... patut lelaki tu sediakan rumah sewa duduk asing sebelum kahwin lagi sudah sediakan. Anak jantan tu kalau nak manjakan sangat jangan bagi kahwin. Komen netizen di Facebook. "Duduk je celah ketiak mak. Berhenti beranak jangan duduk tambah anak kalau sudah tahu lelaki itu miskin (tak mampu) nak sewa rumah atau bilik. Isteri juga jadi mangsa," ujar seorang netizen. Membalas salah satu komen di Facebook, wanita ini menjelaskan bahawa mereka sebenarnya tinggal berasingan, tetapi berjiran. "Saya dan mak mentua duduk rumah sendiri. Tapi rumah saya ni bersebelahan dengan kediaman mentua," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube