suria

Suami tak kisah tindakan maki isteri dirakam, cabar suruh hantar kepada mentua! Sudahnya video viral dapat jutaan ‘views’

Tular rakaman seorang suami memarahi isterinya yang dikatakan pemalas.

TULAR di media sosial video memaparkan seorang suami sedang membebel dan memarahi isterinya ketika berada di rumah.

Video tersebut dirakam dan dimuat naik sendiri oleh si isteri, yang mana dapat didengari suaminya meluahkan rasa kurang senang kerana merasakan dia tidak menjalankan tugas dengan baik.

Menerusi rakaman itu, seorang anak kecil turut dilihat berada di ruang tamu kediaman sambil bermain tanpa memahami situasi ketika itu tegang kerana ibu bapanya sedang bergaduh.

"Bukan aku je maki kau, 'ustaz S' pun maki kau. IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) pun maki kau, tahu tak?

Tangkap layar menunjukkan situasi ketika pertengkaran berlaku.

"Perangai kau bodoh tak matang langsung. Aku tak nak tanggung perangai bodoh engkau ni. Macam tak ada kerja pula.

"Kepala otak dia. Semua benda aku sudah tanggung. Elok-elok la buat kerja kau. Jalankanlah tanggungjawab kau," ujar si suami.

Suaminya dipercayai memberi teguran secara kasar itu selepas melihat keadaan rumah mereka yang bersepah, dengan mainan kanak-kanak berterabur di sana-sini.

Turut dibangkitkan adalah sikap isteri yang katanya kerap merungut letih untuk mengemas rumah selepas pulang dari bekerja.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan punca yang membawa kepada situasi tegang itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami mata duitan, durjana! Nafkah anak culas, menggila dapat tahu ‘ex-wife’ kemas kini akaun STR

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dilahirkan tak sah taraf, suami maki ‘anak haram’ setiap kali gaduh! Keluarga mentua sama naik mencaci

Bagi pihak isteri pula, tiada sebarang respons atau jawapan diberikan ketika dirinya dimarahi suami.

Walaupun begitu, suaminya terus membebel meluahkan apa yang terbuku dalam hati.

"Penat sikit tak boleh, itu tak boleh. Ada ke aku buat sampai dua hingga tiga kerja dekat luar, aku balik cakap penat?

"Ada cakap macam tu? Ada tak aku cerita pada kau aku penat-penat macam tu? Ada? Menangis-nangis, ada?

"Baru settlekan (kemas) rumah, budak macam tu je dah balik menangis-nangis. Engkau kalau tak boleh kerja jangan kerja. Aku dah cakap tak bagi kau kerja hari tu," kata lelaki itu lagi.

Geram pula tengok mainan bersepah. Rasa nak pergi sana kemaskan lepas tu balik sini semula.

NETIZEN

Menyedari bebelan serta tindak tanduknya sedang dirakam, lelaki berkenaan bagaimanapun tidak menghalang apa yang dilakukan isterinya.

Malah, dia menyuruh si isteri menghantar rakaman video tersebut kepada ibunya.

"Tak apa bagi video ni pada emak kau. Biar mak kau tahu kenapa aku marah kau waktu mula-mula kerja tu. Sebab mak kau cakap bagi kau pergi kerja je, aku bagi kau kerja dulu.

"Engkau kalau tak ada kereta, tak ada siapa pun sesak. Aku kalau tak ada kereta, semua orang sesak. Cuba kau fikir.," katanya lagi.

Hantaran tersebut meraih lebih 1.6 juta jumlah tontonan setelah dimuat naik di laman TikTok peribadinya.

Komen netizen di TikTok.

Ada warga maya tidak bersetuju cara lelaki itu memberi teguran yang dianggap kasar dan tidak kurang juga menyebelahi suaminya.

"Geram pula tengok mainan bersepah. Rasa nak pergi sana kemaskan lepas tu balik sini semula.

"Maaf saya berpihak kepada suami sis. Kita ni sis jadi suri rumah ni kena pandai bahagi masa. Anak tidur, kita berkemas. Saya lagilah anak lima orang. Saya lagi kasihan dengan suami kerja panas-panas dekat luar dari kerja saya.

"Kenapa ramai pertikai isteri? Dia mengadu penat. Suami kerap-keraplah peluk cakap lembut-lembut. Ya Allah, kak emosi kita ni mahkamah syariah pun tak faham. Kita tengah tak stabil kak, banyak zikir," komen warga maya memberi cadangan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain