ZAMAN sekarang agak sukar untuk mencari individu yang tidak mempunyai akaun media sosial seperti Instagram, X, Facebook, TikTok dan sebagainya. Ada individu yang begitu aktif berkongsi segala aktiviti yang berlaku dalam kehidupan hariannya di media sosial dan ada pula cuma gemar membaca dan melihat apa yang berlaku berbanding berkongsi kehidupan peribadi. Malah, guru juga antara golongan yang tidak terlepas daripada menggunakan media sosial. Kesalahan ejaan 'because' oleh seorang pelajar yang dimuat naik gurunya di media sosial. Mengambil contoh Sir Asai atau nama sebenarnya, Ahmad Shahrul Azhan Ibrahim, dia adalah antara guru yang wajar dipuji kerana bukan hanya mendidik pelajar tetapi turut memberi pengetahuan kosa kata bahasa Inggeris kepada pengikut di TikTok. Berbeza pula dengan kumpulan pendidik yang suka menjadikan pelajar dan jawapan pada kertas peperiksaan mereka sebagai content untuk media sosial. Amalan tersebut tidak dipersetujui oleh seorang guru wanita yang berpengalaman mendidik selama 14 tahun yang membuat luahan di media sosial meminta kelompok guru sedemikian menghentikan budaya itu kerana dianggap memalukan pelajar. ARTIKEL BERKAITAN: Biadab! Pelajar ‘terpaling’ benci penjajah ‘sound’ guru guna bahasa Inggeris ketika mengajar Matematik ARTIKEL BERKAITAN: “Saya hanya guru pelatih masa itu” - Tular foto lelaki baring tayang badan! Pemuda nafi bukan dirinya, sekadar kongsi di media sosial "Trend up (budaya memuat naik) kertas jawapan pelajar ni tolong la hentikan. You cikgu, it's your job (tugas anda) nak didik, nak betulkan, bukan malukan pelajar begini sekali. "Frust (kecewa) sebab students (pelajar) main-main atau tak jawab? It's part and parcel of our job as teacher (ia adalah sebahagian daripada tugas kita sebagai guru)," luahnya di media sosial. Murid-murid lebih memahami kesalahan yang dilakukan apabila ditegur secara terus oleh guru. -Gambar hiasan Menerusi hantaran sama, dia juga memuat naik gambar memaparkan kesalahan pelajar berkenaan menulis perkataan 'because' sebagai 'becuase'. tambah guru itu lagi, dia juga sering mendapat pelbagai jenis dan bentuk jawapan yang salah daripada anak murid, namun tidak pernah terfikir untuk memuat naik di media sosial. "I myself (saya sendiri) pernah dapat jawapan begini, pelajar ulang kali tulis perkataan tu sebab tak tau ejaan yang betul. Sedih tau tengok ada educator (pendidik) buat macam ni. "Tugas kita as educator apa? Ya, betulkan dia bukan malukan dia walaupun itu benda asas dah belajar dari tadika, betulkan sahaja. Itu tugas kita. Mendidik. Pelajar ni semua tak sama ye level mereka. Fahamkan dulu benda ni," katanya. Kesian dia kalau dia tengok kertas dia viral. Makin down dia nanti. NETIZEN Tambah wanita itu lagi, jika guru yang memuat naik foto kertas jawapan itu memintanya mengajar pelajar yang sentiasa mengulangi kesilapan sama, dia tidak akan menolak kerana sedar tugas seorang pendidik. "Kalau dia kata, kau cuba la ajar, nak tengok kau macam mana. Sis nak flip hair and said, hello I've been a teacher for 14 years (saya sudah mengajar 14 tahun) dan setakat kertas jawapan kosong atau jawapan merepek tu, dah bertahun-tahun dah kena hadap. "Itulah bitter part of our job (bahagian pahit dalam kerja kita). Apa kerja lain tak ada bitter part ke, memang kerja lain pun semua indah belaka ke?" soal wanita itu lagi. Reaksi netizen. Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata bersetuju dengan pandangannya terhadap kumpulan guru yang menggunakan media sosial untuk berkongsi aktiviti pelajar. "Yang macam ini saya setuju. Nampak budak tu mencuba eja perkataan because. Kesian dia kalau dia tengok kertas dia viral. Makin down dia nanti. "Semua orang nak buat content. Itu la masalahnya bila dah ada sosial media. "Kita sebagai orang dewasa kena fikir lebih sikit sebelum membuat apa-apa kesimpulan," kata beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube