HUBUNGAN yang baik antara pihak atasan dan pekerja pasti membantu mewujudkan suasana yang harmoni di tempat kerja. Jika suasana ini berlaku sebaliknya, akan mencetuskan persekitaran kerja tidak menyeronokkan dan akhirnya masing-masing berdepan masalah keletihan emosi, mental dan fizikal. Seperti dilalui oleh seorang wanita, dia amat terkesan dengan sikap pengurusnya yang enggan memberikan cuti kecemasan (EL) ketika anaknya sedang sakit. Pekerja berhak mendapat cuti kecemasan. -Gambar hiasan "Sir esok saya tak dapat kerja petang sebab anak demam tak berapa baik lagi. Suhu dia 39 darjah. Doktor kata suhu 39 kena duduk dalam wad lagi. "Esok tak jadi keluar hospital. Sir saya minta maaf sebab lambat beritahu," kata wanita itu yang bekerja di sebuah kedai serbaneka. Berdasarkan tangkap layar perbualan antara staf tersebut dan pengurusnya, dapat dilihat dia menghantar mesej di aplikasi WhatsApp pada pukul 10.53 malam. ARTIKEL BERKAITAN: GM tak lulus ‘AL’, tolak alasan bawa anak sakit pergi hospital... Siap tulis nota ‘pedih’ - “Kenapa syarikat kena bertanggungjawab?” ARTIKEL BERKAITAN: Bos toksik selalu maki depan pelanggan... Pemuda dah tak mampu bertahan dikerah kerja 12 jam sehari tiada OT, cuti sekali seminggu Wanita itu turut memaklumkan suaminya tidak dapat menjaga anak mereka kerana bekerja, serta berjanji akan meminta surat daripada pihak hospital sebagai bukti permohonan cuti kecemasan. Namun, malang nasib wanita itu apabila pengurus enggan melayan permintaannya, sambil menyatakan masalah akan timbul di premis jika dia tidak hadir bekerja. Mesej perbualan permohonan cuti kecemasan yang tidak dilayan pengurus. "Esok kalau hang (awak) tak mai (datang) kerja, teruk la nanti. Absent (tidak hadir). Tak boleh masuk aku letak absent je. Kalau kena buang pandai-pandailah ya," jawab pengurus terbabit. Kisah ini, serta tangkap layar perbualan mesej memaparkan permohonan cuti kecemasan tidak dipersetujui oleh pengurus, dikongsi kakak kepada staf wanita berkenaan di media sosial. Dia menyatakan rasa tidak puas hati atas tindakan pengurus terbabit yang dianggap tidak berperikemanusiaan dan tiada budi bicara ketika berkerja. Syarikat boleh saja simpati tapi kadang-kadang pekerja yang tidak hadir, sedikit sebanyak menganggu operasi syarikat. NETIZEN "Menyirap darah bila pengurus adik jawab macam ni ketika anak adik saya ditahan wad disebabkan sawan tarik dan demam. Masih ada manusia yang kurang empati dekat masalah orang lain. "Kalau perangai buruk tolong jangan mohon kerja sebagai pengurus atau orang atasan. Ramai sekarang perangai tak guna macam ni," katanya. Tambahnya permintaan adiknya itu sepatutnya dipertimbangkan memandangkan dia bekerja di sebelah petang dan bukannya pagi. "Toksik di tempat kerja memang wujud, kalau tak ada empati dan suka buli staf jangan la kerja duduk rumah lagi bagus. Adik saya syif petang, bukan pagi. "Minta cuti kecemasan tapi tak dilayan, masa baby dah macam nak mati saya terus call, pengurus tu ada depan adik saya. Tak boleh juga balik. Dah proper dan dia tahu dah kejadian tu," dakwa wanita berkenaan. Reaksi warga maya Pendedahan wanita itu mendapat perhatian dari warga maya yang mengecam tindakan pengurus terbabit dan menyatakan adik wanita itu berhak mendapat cuti kecemasan. "Kebiasaannya, ada syarikat yang beri tiga hari cuti kecemasan. Lebih tiga hari, boleh mohon cuti tahunan yang layak. Habis cuti tahunan tu, gaji kena potong. Kalau rekod kedatangan teruk, syarikat akan bagi surat teguran. "Masih berlaku walau apa pun alasan, syarikat berhak buang kerja. Syarikat boleh saja simpati tapi kekadang pekerja yang tidak hadir, sedikit sebanyak mengganggu operasi syarikat. Ada juga akan menyusahkan staf yang lain. "Pengurus macam ni tiada hati perasaan sebab belum pernah terjadi dekat diri sendiri. Patut orang macam ni tak layak jadi pengurus. "Bagi say kalau ada EL boleh je guna atau ada surat doktor dah boleh campak dekat muka dia," komen beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube