suria

Gaji 7K sebulan lebur bayar 7 ‘loan’, 2 kad kredit! Pengiring peribadi nekad mufliskan diri sendiri, akui silap perkiraan

Ramai individu diisytihar muflis disebabkan silap langkah dalam pengurusan kewangan. -Gambar hiasan

SETIAP manusia pasti pernah melalui saat sukar dalam kehidupan.

Turut berdepan situasi sama, seorang lelaki berkongsi masalah yang dialami sehingga terdetik dalam hatinya untuk memufliskan diri sendiri.

“Saya perlu guide untuk self bankrupt... bukan nak lari tapi dah tak mampu sebab tu nak juga buat bankrap ni.

“Dah empat bulan saya tidak bayar semua loan, jadi empat bulan sebab isteri tak nak tolak ansur... dia nak 'simpan' rumah yang kami beli empat tahun lepas, tapi sekarang dia dah reda nak lepaskan semua,” luahnya.

Kad kredit antara punca utama kebanyakan masyarakat masa kini muflis.

Kad kredit antara punca utama kebanyakan individu menjadi muflis.

Menerusi hantaran di laman Facebook, dia yang bekerja sebagai pengiring peribadi menyatakan jumlah keseluruhan pinjaman yang dibuat adalah RM480,000.

Jumlah itu termasuklah sebuah rumah, lima pinjaman peribadi, dua kad kredit dan sebuah motosikal.

“Rekod CCRIS (Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit) setakat bulan lepas RM480,000 termasuk sebuah rumah, personal loan di lima bank, kad kredit di dua bank dan sebuah motor yang menggunakan pinjaman kredit Parkson.

“Bagi motor, pinjaman berbaki setahun lebih manakala dua buah kereta lagi sudah habis dibayar dan satu daripadanya saya jual tetapi masih belum tukar nama,” tambahnya memperincikan komitmen bulanan dan pinjaman yang dibuat.

ARTIKEL BERKAITAN: 20 tahun bankrap ‘hasil’ jadi penjamin adik beradik! Bapa kini bebas, berpeluang buat umrah... Peminjam gagal bayar loan 500K

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki muflis bawa anak-anak tidur dalam kereta, pelajaran terjejas... Silap besar terlalu percaya ipar duai dan klien

Masalah kewangan yang dialami juga membuatkan dia terpaksa menjual segala perkakas rumah dan barang peribadi bagi menampung bayaran pinjaman.

Malah katanya, keputusan tersebut dibuat selepas dia perlu membuat tambahan kewangan sehingga RM40,000 jika ingin menjual rumah kerana tempoh pinjaman adalah 37 tahun.

Ekoran kesukaran membuat bayaran pinjaman dan tunggakan, dia yang baru berusia 29 tahun sentiasa mengelak serta mengabaikan panggilan mahupun surat rasmi daripada mana-mana institusi perbankan.

Tambahan pula kesemua akaun bank yang dimiliki sebelum ini telah disekat sehingga tidak boleh melakukan sebarang transaksi termasuk pengeluaran pendapatan bulanan.

Jangan salahkan diri sendiri. Takdir kita atas keputusan kita. Tersilap langkah tak semestinya gagal selamanya.

WARGA MAYA

“Bank saya semua dah kena block untuk keluar masuk duit. Dulu gaji RM7,000 habis bayar hutang dan cukup-cukup untuk sara hidup.

“Sekarang gaji kasar RM2,800 dan p-hailing sekitar RM300 hingga RM800 sebulan yang dibuat sebelah malam, itu pun cukup-cukup untuk hidup lima beranak.

“Gaji saya ambil tunai atau e-wallet je,” jelasnya sambil mengakui kesilapan yang dilakukan dan mendakwa menjadi mangsa penganiayaan.

Menurut lelaki ini, dia pernah mendapatkan khidmat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) selama hampir setahun.

Warga maya yang bersimpati memberikan nasihat dan pandangan terhadapnya.

Warga maya memberikan nasihat dan pandangan terhadapnya.

Dalam tempoh itu, dia telah melakukan dua kali penstrukturan semula kewangan, namun malangnya masalah yang dihadapi tidak berjaya diselesaikan sehingga diberhentikan oleh agensi tersebut kira-kira dua bulan lalu.

Susulan itu dia sekali lagi meminta pandangan daripada warga maya tentang kaedah untuk memufliskan diri sendiri di Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI).

Luahan yang dibuatnya itu ternyata meruntun hati warga maya.

Tidak kurang juga yang berkongsi pandangan dan kaedah untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi termasuk cara untuk memufliskan diri secara rela.

“Jangan salahkan diri sendiri. Takdir kita atas keputusan kita. Tersilap langkah tak semestinya gagal selamanya, dalam waktu macam ni, isteri perlu bijak membuat keputusan bersama.

“Pergi MDI dulu, kemudian MDI akan suruh ke mahkamah tapi mereka selalu nasihatkan supaya ambil peguam dengan bayaran RM2,000 dan untuk self bankrupt RM1,500.

“Semoga tuan dan keluarga kuat... dipermudahkan segala urusan. Saya hanya mampu mendoakan,” demikian antara komen warga maya pada hantarannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain