KAEDAH perubatan tradisional menggunakan pawang atau bomoh merupakan alternatif bagi segelintir individu yang mengalami masalah kesihatan berterusan meskipun selepas mendapatkan rawatan klinikal. Ia juga popular dalam kalangan individu yang mempercayai amalan khurafat. Menyedari perkara itu, terdapat pengamal perubatan yang menawarkan rawatan secara atas talian seiring perkembangan teknologi masa kini. Susulan itu, seorang wanita meluahkan kebimbangan berikutan ramai yang secara tidak langsung mendedahkan maklumat peribadi ketika cuba mendapatkan rawatan. Penipuan atas talian boleh membuatkan mangsanya mengalami kemurungan. -Gambar hiasan “Adalah satu hari tu waktu malam, aku tengah scroll TikTok, tiba-tiba ternampak satu live seorang ‘perawat’ atau so called bomoh yang kononnya boleh menyembuhkan gangguan makhluk halus dan sihir serta bantu orang yang lambat bertemu jodoh. “Disebabkan rasa ingin tahu, aku pun masuk live dia nak tengok apa yang dia buat. “Dalam live tu, dia bersembang dengan viewers sambil mengasap kemenyan. Katanya, asap tu salah satu cara untuk membantu urusannya,” ujarnya menerusi hantaran di media sosial. Menurut wanita yang dikenali sebagai Liana ini, bomoh terbabit turut membuka ruang untuk penontonnya membuat rawatan jarak jauh dengan memberikan nama penuh serta nama ibu. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terpaksa guna duit belanja sekolah anak, spa rawatan wajah Muslimah kaki auta! Bayar pakej RM3,500 tetap tak cukup ARTIKEL BERKAITAN:“Dia datang dengan nafas pendek” - Wanita percaya bomoh akhirnya jumpa doktor, serah diri lepas tak tahan tidur duduk sebulan Kononnya, ia sebagai salah satu cara untuk individu itu mengimbas masalah yang dialami pesakitnya. “Dia minta penonton yang nak scan dan rawatan jarak jauh supaya beri nama penuh dan nama ibu. “Yang mengejutkan, ramai betul bagi maklumat peribadi tu tanpa ragu-ragu. Aku mula terfikir, kenapa masih ada segelintir masyarakat yang mudah terpedaya dengan ‘perawat atau bomoh’ tak bertauliah macam ni? “Asal usul dia pun tak jelas, daripada cara dia bercakap, memang nampak dia hanya nak duit, views, dan gifts daripada live je,” tambahnya. Kalau guna kemenyan ni dah mengarut sis... bukan perawat tu tapi bomoh. WARGA MAYA Pada masa sama, wanita ini meluahkan kebimbangan sekiranya bomoh TikTok terbabit menyalahgunakan maklumat yang diberi untuk tujuan tidak sepatutnya. Tambahan pula, ramai yang dilaporkan menjadi mangsa penipuan disebabkan pendedahan maklumat peribadi di media sosial. “Berani betul orang-orang tu bagi nama penuh dan nama ibu. Tak takut ke kalau maklumat tu disalah guna? “Kalau ada yang berniat jahat, hantar sihir atau santau, tak pasal-pasal daripada elok sihat lain pula jadinya,” luahnya lagi. Antara reaksi warga maya di hantarannya. Menjengah ke ruangan komen, warga maya turut meluahkan kebimbangan dengan trend penggunaan media sosial masa kini. Tidak kurang juga yang menyatakan pelayar terbabit bukanlah perawat Islam sebaliknya merupakan seorang bomoh yang menggunakan jin sebagai pengantara berikutan terdapat amalan pengasapan kemeyan. “Kalau guna kemenyan ni dah mengarut sis... bukan perawat tu tapi bomoh. “Sama ada mereka ni terdesak sebab tengah diuji ataupun bodoh je. Guna kemenyan pun sah-sah tahu dia guna 'khadam'. “Rawatan jarak jauh, scan, asap-asap... boleh bawa syirik macam tu. Tak tahu ke? “TikTok memang ramai yang pelik, tengok komen balas pun tahu betapa ramainya yang toksik,” demikian reaksi warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube