RAMAI yang gemar menjadikan barang peribadi milik individu yang telah meninggal dunia sebagai koleksi kenang-kenangan. Tambahan pula, arwah merupakan seorang yang disegani dan dikenali ramai sama ada dalam kalangan keluarga, sahabat handai mahupun orang sekeliling. Susulan itu ramai yang terlepas pandang tentang konsep pemilikan barang berkenaan yang sepatutnya difaraidkan terlebih dahulu antara waris. Di media sosial, seorang wanita meluahkan rasa sedih dengan sikap saudara-maranya yang seperti tidak mempunyai simpati apabila menyuarakan keinginan untuk memiliki koleksi barangan arwah ibunya. Apa sahaja barangan yang bermanfaat atau boleh digunakan, akan menjadi harta pusaka yang perlu difaraidkan. “Mak aku meninggal dunia tak sampai setahun, tapi Ya Allah... ada je manusia tiada common sense yang nak minta barang-barang mak. “Barang-barang tu semua ada sentimental value tau. Mak jarang beli barang sendiri, banyak anak-anak yang belikan. “Jadi, setiap barang tu ada memori,” luahnya yang geram dengan sikap individu berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita kaya meninggal sebelum sempat cerai... Suami sedap bolot harta, nikah baharu! Dulu cuma ada motosikal buruk ARTIKEL BERKAITAN: Mak tak ikut faraid, guna wasiat mulut bolot harta arwah bapa... Paling sedih sibuk kira duit sedekah sebelum jasad dikebumi! Tambahan pula barangan yang diingini itu adalah berupa tas tangan serta pakaian. Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya berkongsi pengalaman yang sama sepertinya. Masing-masing meluahkan rasa terkilan kerana terdapat individu yang tidak mempunyai simpati terhadap keluarga si mati apabila bertanyakan tentang perkara yang tidak sepatutnya. Setiap barang perlu difaraid termasuk baju-baju... walaupun ia dibeli oleh anak kerana telah menjadi hak ibu. WARGA MAYA “Kisah macam saya. Kami anak angkat dua beradik, tapi mak dah hibah siap-siap barang kemas dan tanah, tukar atas nama kami 19 tahun awal sebelum mak meninggal. Seminggu lepas arwah tiada, saudara-mara mak tanya pasal harta. “Nenek saya baru meninggal, gelang emas yang ibu hadiahkan kat arwah dulu dah selamat dipakai menantu. Dia kata dia suka gelang nenek tu. "Setiap barang perlu difaraid termasuk baju-baju sekalipun dan walaupun ia dibeli oleh anak kerana telah menjadi hak ibu. “Sama macam saya, mak baru meninggal, baju, tudung, beg dan apa-apa yang mak punya habis licin dalam almari. Siapalah yang lahap sangat ambil di saat orang tengah bersedih,” demikian luahan warga maya. Ramai yang berhadapan situasi sama. Dalam pada itu, penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus menghuraikan urusan pembahagian harta mengikut hukum faraid, antaranya melibatkan barangan peribadi milik si mati seperti koleksi pakaian, pinggan mangkuk atau perkakas dapur. "Tudung isteri saya setakat yang saya kira berjumlah 164 helai. Kalau isteri saya meninggal, boleh tak saya nak sedekah dekat orang lain sebab kedua-dua anak saya lelaki. Ataupun ia jadi harta pusaka? "Jawapannya, tak boleh (sedekah). Kerana setiap benda yang bermanfaat akan menjadi harta pusaka. Mindset orang Melayu hanya faham pusaka ini berkaitan duit, emas, tanah atau rumah. "Segala-galanya adalah harta pusaka selagi boleh diambil guna (bermanfaat). "Walaupun selipar murah, (misalnya) RM5 sahaja, (tetapi) boleh dipakai dan diambil manfaat oleh orang lain, itu harta pusaka. Sudu satu? Harta pusaka, wajib faraid," jelas beliau. Menjelaskan dengan lebih lanjut, Ustaz Azhar berkata barangan milik si mati hanya boleh disedekahkan sekiranya semua waris bersetuju untuk berbuat demikian. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube