JODOH itu rahsia Allah, ada yang mencari terus berjumpa dan ada juga yang puas berusaha masih tidak bersua. Malah, terdapat juga individu yang langsung tidak mencari tetapi jodoh hadir sendiri di depan mata. Belum lagi kes bercinta bertahun-tahun lamanya tapi terputus jua kerana tiada jodoh. Perkongsian seorang ibu mengenai jodoh anak perempuan tunggalnya yang berusia 26 tahun mencuri perhatian warganet. Menurut wanita itu, dia sanggup bergolok gadai demi mendapatkan pasangan hidup terbaik buat anaknya seandainya jodoh itu boleh dibeli. Wanita berkarier sering berdepan cabaran mencari pasangan. -Gambar hiasan Jelasnya, sebagai ibu semestinya dia ingin melihat anaknya itu bahagia dan selesa dengan kehidupan dijalani. “Kalaulah jodoh atau pasangan hidup tu boleh dibeli, pasti saya dapatkan untuk anak perempuan saya. “Kalau mahal, sanggup bergolok gadai demi anak. Asalkan anak perempuan saya bahagia. Dia kini berusia 26 tahun, masih single dan tiada BF,” luah wanita itu. Lebih memilukan, anaknya itu yang dipercayai tinggal berjauhan kerap menghubunginya dan meluahkan rasa sedih serta kesepian tanpa teman hidup. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita hilang arah ibu BF tak terima jadi menantu sebab seksi, freehair! Memang niat nak berubah, tapi bukan drastik ARTIKEL BERKAITAN: “Selipar pakai di kaki pun kita pilih berjam” - Hati-hati cari jodoh! Cuba perhati buah hati, masuk waktu solat apa reaksinya “Sebagai ibu saya berharap boleh selalu bersamanya, menenangkan dan membahagiakan dia. “Dia (anak perempuan) memiliki kerjaya yang bagus tapi tiada tuah dalam hubungan. Hanya mampu berdoa untuk dirinya. “Semoga Allah menghantar lelaki yang baik dan menyayangi dirinya. Seorang yang benar-benar ikhlas,” katanya lagi. Kalaulah jodoh atau pasangan hidup tu boleh dibeli, pasti saya dapatkan untuk anak perempuan saya. IBU Sementara itu, di ruangan komen wanita itu menjelaskan anaknya sebelum ini pernah gagal dalam dua hubungan dan mula trauma, malah memilih dalam soal mencari pasangan. Katanya, kini anaknya lebih selesa menghabiskan masa dengan keluarga, membeli belah dan mengembara. "Dia (anak perempuan) juga banyak berbelanja untuk saya. Mungkin begitu percaturan-Nya sebelum bertemu jodoh. “Namun, saya tahu jauh di lubuk hati anak perempuan saya terasa sunyi. Mungkin kerana kenalannya sudah bertunang atau mempunyai pasangan,” ujarnya. Perkongsian dan luahan hati seorang ibu itu mencuri tumpuan warga maya dengan rata-rata berkongsi pengalaman mereka tentang jodoh. Setiap ibu ingin melihat anak-anak mereka bahagia dalam rumah tangga. -Gambar hiasan Ada yang menyarankan supaya anak perempuan wanita ini bersabar dan berdoa agar dipertemukan dengan jodoh terbaik buatnya. “Saya berumur 33 tahun tapi tu la single lagi. Masa umur 26 tahun, masih membahagiakan diri belanja mak ayah masa tu. “Sama aunty. Saya 27 tahun, ada master pun bab relationship susah nampak jalan. Semoga ketemukan jodoh yang baik-baik untuk saya dan anak aunty. “Saya rasa mesti mak saya pun rasa macam ni. Kakak saya single 31 tahun, saya 29 tahun dan adik lelaki 27 tahun kami semua single. “Dulu arwah ibu saya memang mendoakan. Lepas habis study kenal husband, masuk kerja putuskan untuk berkahwin. Alhamdulillah,” demikian antara komen warganet. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube