suria

Emaknya sempurna ‘head to toe’, tudung ‘terletak’! Wanita sedih ada ibu lebih penting imej sendiri, anak selekeh tak apa

Ramai suka membuat tanggapan sendiri apabila melihat ibu bergaya tetapi anaknya comot. -Gambar hiasan

RAMAI beranggapan ibu bapa zaman sekarang sanggup membelanjakan sejumlah wang untuk memastikan anak-anak kelihatan cantik, comel dan bergaya.

Malah, golongan ibu khususnya sanggup berkorban masa berjam-jam lamanya untuk menyiapkan anak perempuan mereka dengan mengikat rambut, memakai gincu dan sebagainya untuk kelihatan cantik dan comel.

Namun, jangan sesekali cepat membuat andaian atau terus menghakimi sebahagian kanak-kanak yang kelihatan comot tetapi ibu bapanya pula nampak segak bergaya.

Sifat kanak-kanak yang gemar bermain menyebabkan mereka mudah kotor. - Gambar hiasan

Sifat kanak-kanak yang gemar bermain menyebabkan pakaian mereka mudah kotor. -Gambar hiasan

Seorang pengguna media sosial meluahkan rasa hairan apabila terserempak dengan seorang wanita yang penampilannya cukup cantik tetapi anak-anak perempuannya pula selekeh.

"Penampilan ibu tu nampak kemas, beg cantik, tudung cantik, baju dan seluar pun kemas. Nampak seperti dia memang ambil masa untuk bersiap. Tapi hati saya sedih bila tengok anak-anak dia.

"Pakaian mereka nampak biasa, comot, muka pun comot, dan selipar pun tak payah cerita la. Sungguh sedih. Yang lebih menyedihkan, saya selalu nampak keadaan macam ni. Adakah ini perkara yang normal atau saya yang terlalu sensitif?" soalnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sepeket mi segera sangat bernilai buat budak comot ini! Pemberi simpati tapi terpaksa ‘kedekut’ cuma mampu bagi sebungkus

ARTIKEL BERKAITAN: Tengok orang selekeh ke mall, jangan terus ‘judge’! Makin ramai anggap pusat beli belah macam kedai runcit, tak perlu bergaya

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya termasuklah dilabel sebagai individu yang cepat menghakimi orang lain.

Bagaimanapun, wanita itu kurang bersetuju dengan pandangan tersebut sebaliknya mengaitkannya dengan aspek kebersihan.

"Wanita tu? Tidak, I muka dia pun tak nampak, bukan nak ajak mengumpat la, ada yang salah faham.

"Budak tetap budak tapi ibu bukan kanak-kanak kan? Hygiene anak kenalah jaga, attention kena bagi sikit terutama bila ada masa nak bawa diaorang keluar.

"Takkan you keluar, lantak anak rupa apa pun, lantak nak main celah mana pun. Ramai cakap I judge, tapi saya tak fikir macam tu.

"Kebersihan sebahagian daripada iman. OK comot kalau tumpah itu ini, tapi kalau selipar hitam, dress, seluar hitam-hitam kebersihan level apakah?" katanya.

Kau tak boleh hukum orang yang kau jumpa setakat beberapa minit.

NETIZEN

Seorang wanita menerusi perkongsian berbeza memberi pandangan bahawa ibu bapa tidak patut disalahkan sepenuhnya sekiranya anak-anak kelihatan comot dengan memberikan contoh dirinya sendiri.

"Kalau tiba-tiba korang ternampak anak aku macam selekeh, OK aku nak dedahkan di sebalik kenapa dia selekeh. Anak perempuan aku tak suka sikat rambut. Bila sikatkan dia marah dan serabaikan semula rambut tu.

"Anak lelaki aku suka pakai selipar lama dia yang dah buruk. Tak bagi buang jadi aku anggap dia seorang yang setia (gurau). Anak aku pakai baju comot-comot, kadang baru lepas makan dan tumpah dekat baju atau dia baru berguling atas lantai," kata wanita berkenaan.

Pandangan warga maya.

Pandangan warga maya.

Tambah wanita itu, dia boleh cuba menyuruh anak-anaknya menukar pakaian yang lebih bersih tetapi dalam situasi tertentu apabila mereka enggan, dia hanya membiarkan sahaja mereka memakai pakaian kotor.

"Tak kuasa la aku nak bergaduh hanya kerana tak nak orang lain 'judge' aku mak yang tak reti jaga anak. Bukan la setiap kali jalan anak aku nampak comot. Mungkin waktu kau nampak, itulah hari yang dia comot.

"Kau tak boleh hukum orang yang kau jumpa setakat beberapa minit. Lainlah kau memang jumpa anak aku hari-hari kemudian nampak dia comot hari-hari," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain