suria

Isteri dambakan belaian suami... Cuma 'sweet' depan orang, baran di rumah - “Mungkin jadi mayat baru dapat ciuman”

Ramai suami baran dan suka melepaskan kemarahan kepada isteri. -Gambar hiasan

SIFAT wanita ingin sentiasa dibelai dan dimanja, justeru apabila berasa diri tidak disayangi atau suami bersikap seperti robot sudah pasti tekanan akan dirasai.

Seperti perkongsian seorang wanita, sikap suaminya yang didakwa mempunyai ego sebesar gajah khususnya ketika berada di rumah amat mengguris hatinya.

Dia berkata, apabila berada di luar suaminya gemar memperlihatkan sisi romantis da penyayang namun berubah sepenuhnya menjadi seorang lelaki baran sebaik pulang ke rumah.

“Aku perasan bila kitaorang balik kampung, duduk dalam kereta, pergi mall dia (suami) tunjuk sisi dia yang sweet and caring dan boleh gelak ketawa.

Hargai isteri dengan memberikan perhatian dan belaian bukannya kekasaran. Gambar hiasan

Hargai isteri dengan memberikan perhatian dan belaian. -Gambar hiasan

“Tapi bila balik rumah sendiri auto dia berubah 360 darjah. Sometimes aku pelik, sedih, makan hati. Bila aku tanya dia (suami) kenapa macam tu dia salahkan aku pula.

“Walhal aku cuma nak tahu kenapa boleh berubah apabila balik rumah sendiri, dia jadi baran,” luahnya sambil mendakwa sepanjang empat tahun berkahwin, tidak pernah sekali pun suaminya memujuk dirinya.

Persoalan yang sering dibangkitkan wanita itu bagaimanapun mencetuskan kemarahan suami, membuatkan mereka kerap bertekak di rumah.

Selain tidak pernah memujuk, suaminya juga didakwa juga gemar meletakkan segala kesalahan ke atas dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hati berbunga dapat suami sweet, kalau gaduh pasti beri minum! Dah setahun kahwin baru tahu diberi air campur ludah

ARTIKEL BERKAITAN: Masa bercinta bukan main garang, lepas kahwin tiba-tiba suami jadi sweet! Wanita ini bikin netizen cemburu, doa dapat jodoh sama sifat

“Bila aku luah dia cakap aku macam-macam. Sedangkan aku sebagai isteri cuma mahukan perhatian je, seperti anak aku dapat.

“Malam tadi aku buat test UPT (ujian kehamilan air kencing) sebab perut aku nampak buncit dan rasa nak muntah selepas makan. Tak sampai lima minit keputusan positif, dua garis. Kemudian aku tunjuk pada suami.

“Dia (suami) marah aku sebab buat ujian tu. Serious aku sedih gila. Tak sangka dia buat reaksi macam tu,” katanya sambil mendakwa reaksi suami juga membuatkan dia bengang.

Tambahnya, tindakan suami yang mentertawakan keputusan ujian dirasakan seolah-olah merendah-rendahkan dirinya dan dia tak mahu meneruskan hasrat untuk hamil.

Nak peluk pun tak boleh apatah lagi mengharapkan ciuman. Mungkin kena jadi mayat baru dapat ciuman.

ISTERI

“Aku terus hilang mood. Rasa tak nak tambah anak dengan dia dah. Banyak kali aku cuba beritahu fasal test UPT, dia (suami) boleh marah aku.

“Bila aku terasa hati, aku mengharapkan dia (suami) pujuk tapi tak berbaloi langsung. Dia tak pujuk aku pun, dia boleh tanya balik apa masalah aku dan apa tak kena lagi,” ujarnya.

Katanya, bagi memberikan kesedaran kepada suami, dia pernah keluar rumah selama dua minggu namun lelaki itu hanya berubah seketika dan kemudian kembali kepada karakter asal.

Kata wanita itu, suaminya sukar untuk menunjukkan sisi romantik ketika berada di rumah. Gambar hiasan

Tidak semua suaminya akan menunjukkan sisi romantik terhadap isteri. -Gambar hiasan

Dia berkata, setiap kali cuba membuat luahan perasaan suaminya akan menganggap dia hanya merepek, bahkan menjadi lebih baran apabila menangis.

“Pernah aku jatuh dalam bilik air, dia (suami) tak datang pun tengok aku. Dia boleh membebel pula sedangkan aku tengah sakit.

“Bila aku luah, dia (suami) marah aku balik. Sedihnya. Tapi kalau anak aku, dia caring sangat. Bila ada anak dia layan aku pun tak sama. Dia lagi sayangkan anak. Dia tak kisah pun hilang aku sebab boleh cari lain,” katanya.

Wanita itu berkata, dia hanya ingin dirinya dibelai dan diberikan perhatian oleh suami, tidak mengharapkan lebih daripada itu.

“Nak peluk pun tak boleh apatah lagi mengharapkan ciuman. Mungkin kena jadi mayat baru dapat ciuman.

“Suami aku setiap masa nak baran. Aku dah buat kerja rumah pun masih nak ajak gaduh,” ujarnya.

Perkongsian wanita itu mendapat reaksi warganet yang memberi tip untuk berdepan dengan suami baran.

“Saya rasa awak kena tinggalkan dia seminggu. Lepas tu cuba jangan WhatsApp dan call. Biar dia rasa macam mana awak tak ada.

“Luar rumah romantik tapi di rumah, dia rasa selamat dan selesa untuk buka topeng dia,” antara komen warganet.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain