RAMAI beranggapan tempoh berpantang selama 44 hari yang dijalani oleh kaum ibu adalah waktu terbaik untuk menurunkan berat badan yang naik sepanjang sembulan bulan hamil. Namun, tidak semua wanita bernasib baik dapat menurunkan berat badan dan mendapat tubuh langsing seperti diinginkan disebabkan beberapa faktor termasuklah perubahan hormon. Penerimaan perubahan bentuk dan saiz selepas bersalin sebenarnya sukar untuk wanita malah sindiran yang diterima juga menambahkan tekanan ibu-ibu dalam proses menurunkan berat. Berkongsi pengalaman sama di aplikasi Threads, seorang wanita tersentak ditegur ‘semakin sihat’ oleh salah seorang daripada tiga rakan lamanya yang dikenali ketika zaman belajar di universiti. Ramai ibu sensitif dengan perubahan fizikal mereka selepas melahirkan bayi. -Gambar hiasan Katanya, teguran itu yang dibuat di sebuah majlis perkahwinan selepas empat tahun tidak bersua muka ternyata memberi kesan terhadap emosinya yang mana dia berharap agar ketiga-tiga mereka bertanyakan khabar mengenai dirinya. “Aku tegur sebagai langkah hormat. Kemudian, salah seorang daripada mereka pandang aku atas bawah sambil tanya kenapa aku makin 'sihat'. “Sumpah tersentak kejap, bukan nak tanya khabar ke apa, terus tegur penampilan aku. Dia tau aku baru lepas bersalin jadi kenapa perlu tanya,” luahnya, kecewa. ARTIKEL BERKAITAN: Rakan sepejabat mulut celupar, sindir badan berisi lepas 3 bulan cuti bersalin... Rupanya memang ‘habit’ tegur isu sensitif! ARTIKEL BERKAITAN: Gadis letih kena body shaming! Disuruh berhenti mengunyah, jaga pergerakan ketika pergi beraya bimbang rumah tetamu bergegar Jelasnya, dia sendiri sedar perubahan fizikal badannya dari saiz M kepada XL dan masih dalam fasa menurunkan berat secara berperingkat. "Aku rasa masyarakat umum tahu yang setiap Wanita bersalin akan mengalami perubahan fizikal seperti naik berat badan. "Sumpah, aku rasa tak yakin dengan fizikal dan penampilan aku lepas bersalin, dari saiz M ke XL bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi," katanya. Susulan kejadian ini, dia mengharapkan agar masyarakat segera menghentikan budaya 'body shaming' dan bersikap menghormati orang sekeliling. “Please, dah 2024. Hentikan daripada terus menegur penampilan fizikal orang lain. Utamakan rasa hormat. “Aku tak ada la ‘meroyan’ sangat kena 'body shaming' ni cuma menyirap dengan perangai orang yang tak ada budi bahasa," katanya. Betul, bukan semua orang boleh dapat balik badan macam sebelum bersalin. WARGANET Tambah wanita ini lagi, sibuk dengan rutin menguruskan bayi juga menjadi salah satu sebab dia tiada masa memberi tumpuan untuk menurunkan berat badan. “Tersekat dengan saiz XL dan susah nak turunkan berat badan. Badan tak sama macam sebelum mengandung. “Bukan lepas ada baby, ada masa mencukupi untuk bersenam, makan makanan seimbang dan nak me time pun susah. Ambil masa bertahun nak dapat balik saiz M,” tambahnya. Dia juga memberitahu, disebabkan sikap rakannya itu dia nekad untuk tidak memulakan perbualan dengan individu lain yang sudah lama tidak ditemui. Besar pengorbanan ibu yang melahirkan anak. -Gambar hiasan “Lepas ni, aku takkan mulakan perbualan dengan orang yang dah lama aku tak tegur. Niat hati nak bermesra terus tak ada mood nak tegur lagi. Menyesal pun ada,” katanya. Perkongsian wanita ini mendapat maklum balas warganet, kebanyakannya wanita yang sudah mempunyai anak. “Sis kita sama dari saiz M ke XL. Dan sama situasi kena 'body shaming' di majlis perkahwinan oleh makcik dan pakcik sendiri. Ayat diaorang eh terkejut besar sangat. “Betul setuju. Saya pun tengah mengalami berat badan naik. Anak menyusu badan sepenuhnya, ada orang menyusu badan boleh kurus tapi saya tidak, lepas pam lapar lagi. “Selepas beranak pada Mei 2024, saya masih sangkut dalam saiz XL. Orang cakap senang la nak kurus lebih lagi saya urus tiga anak dan PJJ sebulan sekali. Tapi tak kurus. “Betul, bukan semua orang boleh dapat balik badan macam sebelum bersalin,” antara komen warganet. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube