ADAB hidup berjiran perlu ada sikap saling menghormati, bersangka baik dan tidak sesekali melakukan perkara yang boleh menimbulkan rasa kurang senang. Namun perkara yang paling kerap menjadi rungutan penghuni kediaman bertingkat ialah tentunya bunyi bising angkara kanak-kanak bermain hingga mengganggu ketenteraman jiran di tingkat bawah. Bagaimanapun seorang wanita melahirkan rasa marah apabila anaknya yang berusia dua tahun dituduh membuat bising dan disindir oleh jiran tetangga di aplikasi WhatsApp. Kebiasaannya bunyi bising mudah kedengaran di kediaman jenis apartment. - Gambar hiasan Kemarahan itu lebih membuak-buak kerana tuduhan perlakuan bising itu dibuat ketika mereka sekeluarga tiada di rumah. "Apabila duduk rumah bertingkat, faham-faham la kan macam mana. Macam-macam bunyi kat atas rumah tu. Kadang dengar orang berlari, ada juga dengar guli. Jenis aku, aku buat tak tahu je. "Sekarang aku dah seminggu ada kat kampung. Tiba-tiba baca status jiran bawah aku ni, dia update marah-marah kata dengar orang hentak-hentak tengah malam stres dia tak boleh tidur," katanya menerusi perkongsian di media sosial. ARTIKEL BERKAITAN: Kru kapal dedah gangguan ketika makan, ‘kerusi pusing sendiri’ bukan rekaan - “Ramai terbuka hijab tengok video tu” ARTIKEL BERKAITAN: “Ini bukan rekaan, kerusi pun pernah bergerak sendiri... ditarik, ditolak” - Guru kongsi misteri papan tanda berhayun di koridor sekolah Ujar wanita itu, jiran berkenaan pernah menghubunginya sebelum ini berkaitan bunyi bising dari rumahnya. "Tapi kali ni terus update status macam tuju dekat aku? Bole terus WhatsApp aku kan? Jiran lain baca confirm la tau atas rumah dia tu adalah rumah aku. "Aku terus balas status dia beritahu dah seminggu aku tiada di rumah. Bunyi yang dia dengar hentak-hentak tu mungkin benda lain. Selama aku tinggal di situ, tak pula nak merungut itu ini," luah wanita berkenaan. Katanya, tahap kesabarannya benar-benar teruji dengan tuduhan terbaharu kerana selama ini dia hanya mendiamkan diri. Dia ni tak percaya alam ghaib ke? Jiran sebelah rumah aku pun cakap memang sejak dulu ada bunyi-bunyi macam ni. PENGADU "Bukan sekali aku kena macam ni. Ni bunyi bising tengah malam antara pukul 12 tengah malam hingga 2 pagi. Apa bodoh sangat ke aku sebagai mak nak bagi anak umur dua tahun buat bising. "Aku pun ada otak. Masa macam tu anak aku pun dah tidur. Siap nak yakinkan aku dia kata anak dia pun dengar bunyi hentak-hentak tarik kerusi. "Dia sebolehnya nak kata yang tarik kerusi tu anak aku. Aku dah seminggu kat kampung, siapa yang tarik kerusi?" katanya. Jelas wanita itu, dia hairan kerana jirannya itu seakan tidak mempercayai perkara ghaib yang sering diperkatakan penghuni di kediaman bertingkat. "Mujur la dia update status tu ketika kami tiada di rumah. Masa aku mesej tu pun dia tanya lagi betul ke aku tiada di rumah. "Dia ni tak percaya alam ghaib ke apa sebab jiran sebelah rumah aku pun cakap memang dari dulu ada bunyi-bunyi macam ni. Tiada pula kami tuduh jiran lain buat onar," katanya. Reaksi netizen Sementara itu menjengah di ruangan komen, netizen mendakwa bunyi misteri berkenaan adalah perkara biasa bagi mereka yang tinggal di rumah bertingkat. "Saya rasa bunyi-bunyi tu pantulan bunyi dari rumah orang sebelah atau tingkat atas. Saya duduk rumah bertingkat tak pernah ada bunyi tarik kerusi meja hinggalah ada orang masuk di tingkat atas baru ada bunyi macam tu. "Bunyi semua tu dari tekanan angin dan air. Ramai tak percaya bunyinya macam orang alih perabot dan kadang seperti bunyi guli. "Bunyi hentak kaki tu memang bunyi manusia sama ada jiran kiri kanan atau atas. Kalau tiada orang tu memang hantu," kata netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube