CALON yang hadir ke sesi temu duga pastinya berdebar-debar berhadapan dengan kumpulan panel penemu duga. Pada masa sama, ada yang terlalu teruja sehingga kehadiran mereka turut ditemani ibu bapa dan adik-beradik. Percaya atau tidak, namun itulah situasi yang disaksikan sendiri oleh seorang wanita mengenai calon yang memohon pekerjaan di tempat kerjanya. "Saya pelik kenapa ada orang bawa mak ayah atau adik-beradik pergi interview? Malah juga temankan masa datang sign surat tawaran kerja," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial. Calon-calon hadir untuk sesi temu duga. -Gambar hiasan Bukan sekadar menemani sehingga ke bilik sesi temu duga, malah katanya, terdapat segelintir ibu bapa yang turut mengekori anak-anak mereka ke jabatan lain di pejabat. "Ada famili sampai masuk pejabat HR (sumber manusia). Kau dah kerja, bukan nak masuk asrama tau, bukan nak masuk sekolah," katanya tanpa mendedahkan umur calon berkenaan. Dia bagaimanapun menjelaskan bahawa bukan satu larangan bagi ibu bapa calon mengikut anak-anak mereka ke lokasi sesi temu duga, tapi perlu ada batasan. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri menyibuk ikut masuk sesi temu duga kerja, suami tebal muka mohon maaf lepas ditegur... Siap jeling sebelum keluar! ARTIKEL BERKAITAN: Calon ‘interview’ dah lama ‘terpacak’ luar bilik disangka tak hadir! Penemu duga tertipu, pesan gambar resume jangan guna filter "Bagi famili yang datang teman tu, tunggu je la dekat restoran berdekatan atau lobi. Ini siap masuk sampai pejabat HR. "Saya masih tak boleh terima. Aku stres la fikir," katanya. Kalau saya jadi hiring manager, saya tarik balik surat tawaran tu... jenis begini banyak mengelat guna alasan famili. NETIZEN Walaupun tindakan calon berkenaan membawa keluarganya masuk ke jabatan sumber manusia dianggap tidak wajar, namun dia berat hati untuk menegur. "Kita tak sampai hati nak tegur sebab dia datang dengan famili. Kalau seorang dengan mak je tak apa, ini datang mak dengan adik-beradik sekali. "Rasa serba salah pula nak suruh keluar tapi tertanya-tanya kenapa," katanya lagi. Bersemangat untuk ke tempat kerja. -Gambar hiasan Pendedahan wanita itu mengenai sikap segelintir calon pekerja ternyata mengejutkan netizen dengan memberikan reaksi dan pandangan masing-masing. "Kalau saya jadi hiring manager, saya tarik balik surat tawaran tu. Apa yang dilakukannya itu adalah tidak beradab dan tidak profesional. "Selalu jenis begini banyak mengelat guna alasan famili. Lepas tu tak boleh nak stres langsung... kalau tak asyik nak mengadu. Tak boleh nak kerja elok dengan orang lain. "Tak ada keyakinan dalam diri. Dulu HR kat tempat kerja saya, kalau ada orang buat hal macam ni, mereka tak terima untuk bekerja sebab tak boleh berdikari," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube