LEMBU, anjing dan kucing merupakan antara haiwan yang agak kerap terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kebanyakannya berlaku apabila pemandu gagal memberhentikan kenderaan ketika haiwan-haiwan itu melintas secara tiba-tiba. Di Facebook, seorang pemandu turut berkongsi kisah sedihnya yang secara tidak sengaja melanggar seekor kucing di Sungai Petani, Kedah. Kucing yang berkeliaran di jalanan sering menjadi mangsa kemalangan. -Gambar hiasan Tanpa mendedahkan identitinya, pemandu itu meluahkan rasa kesal kerana gagal menyelamatkan nyawa haiwan berkenaan. "Tadi terlanggar kucing, ia melintas secara tiba-tiba, tak sempat brek. Patah balik dah terkujur tepi jalan... ralat. "Sempat tengok mukanya sebelum kena langgar, sedih... terus murung. Bengkak dah mata, meraung tepi jalan macam orang gila. Minta maaf sangat-sangat kepada pemiliknya... saya bawa balik dan tanam. PEMANDU "Rasa tak guna, tak boleh buat apa. Sedih, Allah saja Maha Mengetahui. Maafkan saya sayang, terlanggar awak. Awak gebu, comel. Allahuakhbar, maafkan saya," tulisnya. Dalam perkongsian di grup Facebook Penduduk Sungai Petani, pemandu itu memaklumkan bangkai kucing itu sudah ditanam di kawasan kediamannya. "Minta maaf sangat-sangat kepada pemiliknya. Saya bawa balik dan tanam. Saya pencinta kucing. Saya pun bela anak-anak bulus, banyak," ujarnya lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Rakaman CCTV dedah housemate buang kucing kesayangan! Pengesan dicampak dalam tong sampah... Pelajar Malaysia di AS tuntut keadilan ARTIKEL BERKAITAN: Bekas pasangan kekasih berebut hak penjagaan kucing! Pemuda berkeras nak jaga, tak layan ex-GF video call nak lihat si bulus Perkongsian individu itu meraih perhatian ramai pengguna Facebook yang memuji sikap baiknya dalam mengendalikan kejadian berkenaan. "Pada saya, anda adalah insan yang bertanggungjawab dan punya sifat perikemanusiaan. Sanggup kongsi di Facebook apa yang terjadi dan dengan hati yang terbuka memohon maaf kepada tuan kucing selepas apa yang berlaku. "Depan rumah saya, di depan mata saya ada manusia yang langgar kucing jiran. Lepas langgar, dia terus pandu kereta berlalu begitu sahaja. Saya berlari melihat kucing itu menggelupur, kepalanya pecah, selepas mati saya yang menyempurnakan jasadnya. Pencinta haiwan pastinya tidak dapat menahan kesedihan jika menyaksikan kucing mati di depan mata mereka. -Gambar hiasan "Kalau dia berhenti pun saya tak akan nak marah dia," tulis seorang pemuda di ruangan komen. Seorang lagi wanita turut meninggalkan komen, bercerita tentang sikap jirannya yang kejam terhadap haiwan. "Jangan jadi manusia kejam macam jiran saya. Dah langgar mati kucing saya, lepas tu bangkai kucing dilempar ke hutan. Ibu kucing tu ada tiga anak, baru sebulan lebih beranak. Anak masih menyusu lagi," kongsi wanita itu pula. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube