LATIHAN industri merupakan pengalaman berharga bagi seorang pelajar, sebelum mereka menempuh alam kerjaya yang sebenar. Kebanyakannya berusaha menempatkan diri di lokasi yang sama kerana sudah selesa dan memahami skop tugas ketika praktikal. Di media sosial, seorang gadis berkongsi pengalamannya melakukan latihan praktikal di sebuah sekolah sebagai guru. Menerusi hantaran yang dibuat, dia seolah-olah tidak selesa dengan salah seorang pendidik yang bergelar ustaz di sekolah tersebut. Kerjaya pendidik sering dipandang tinggi. -Gambar hiasan Mana tidaknya, individu terbabit bukan sahaja mengganggunya selepas waktu bekerja, malah cuba ‘memancing’ perasaannya dengan pelbagai helah. “Memanglah aku pelajar praktikal, tapi salah ke aku nasihat ustaz ni... hari-hari bagi makanan walaupun aku tak makan. “Mesej malam-malam pasal kerja tapi aku tak balas sebab boleh bincang kat sekolah. Dia hubungi waktu malam walaupun aku tak jawab. “Dia siap tawarkan aku nak bayar duit dinner sekolah sedangkan aku tak mahu pergi,” luahnya yang tidak selesa dengan tingkah laku ustaz itu. ARTIKEL BERKAITAN: Murid lelaki nampak miang, melompat-lompat bagi ‘pickup line’ untuk ustazah! Ramai risau pelajar hilang adab, bergurau tak bertempat ARTIKEL BERKAITAN: Ramai bekas pelajar mengaku jadi mangsa, guru MRSM didakwa pedofil digantung tugas Menurutnya, daripada tindak tanduk yang dilakukan, pasti ramai tidak menyangka bahawa guru lelaki terbabit sudah mempunyai isteri dan anak. Justeru, bagi mengelakkan masalah lebih besar timbul, gadis ini mengambil keputusan untuk memulangkan barang makanan yang diberikan. “Sampai satu tahap, aku pulangkan balik makanan dia sebab tak sanggup nak buang. “Kemudian dia paksa ambil juga dan katanya... rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari. Jangan makan makanan dia bagi. Kalau tak boleh nak pulangkan, awak bagi anjing atau kucing jalanan makan dan good job, jangan layan suami orang. WARGA MAYA “Disebabkan itu, tiga hari dia tak bercakap dengan aku dan mengelak daripada masuk kelas yang sama,” tambahnya. Meskipun enggan mempedulikan sikap ustaz terbabit yang dianggap kebudak-budakan, namun gadis ini cuba mendapatkan pandangan sama ada teguran yang diberikannya dianggap biadab atau sebaliknya. “Biadab ke aku tegur macam tu sedangkan aku budak praktikal. Atau adakah bagi aku je benda tu rasa tak normal? “Kalau dah sampai tahap nak caring... hari-hari bagi makanan senyap-senyap, adakah aku yang tak sporting,” luahnya kehairanan. Warga maya turut berpandangan ustaz terbabit bersikap pelik. Hantaran yang dibuatnya itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya dan pengikutnya. Selain berkongsi pengalaman, ramai yang memuji tindakannya dan menyatakan ia adalah langkah terbaik kerana sikap ustaz terbabit dikategorikan red flag. “Jangan sentuh atau makan, makanan yang dia bagi. Pemberian makanan adalah satu cara sihir yang paling popular. Nanti awak akan jatuh cinta dengan dia. “Jangan makan makanan dia bagi. Kalau tak boleh nak pulangkan, awak bagi anjing atau kucing jalanan makan dan good job, jangan layan suami orang. Kesian isterinya tak tau perangai suami. “Kalau dia cuba jeopardise teaching practical awak, boleh buat aduan ke pengetua atau guru besar... sambil-sambil beri penekanan yang awak akan buat aduan ke Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) kalau perkara ni berterusan,” demikian reaksi warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube