BENARLAH kata orang, fasa bertunang merupakan tempoh paling mencabar bagi pasangan bercinta. Semakin dekat dengan tarikh perkahwinan, dugaan dan ujian yang berlaku depan mata juga kian mencabar. Dalam keterujaan untuk bergelar suami, seorang lelaki bagaimanapun mula tawar hati dengan tunangnya yang disifatkan kebudak-budakan. Malah menurutnya, perasaan sayang pada bakal isteri semakin terhakis sejak mula mengenali seorang wanita lain berstatus janda. Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan "Saya dah tak ada hati kat tunang sejak mengenali seorang akak janda ni. Saya bukan bercinta dengan dia kerana nafsu tapi kerana kematangan dia. "Dia sangat caring berbanding tunang saya yang cuma nak saya je caring pasal dia," luahnya menerusi satu hantaran di laman sosial. Walaupun si tunang bersikap kebudak-budakan, namun lelaki itu mengharapkan bakal isteri itu mengambil inisiatif untuk melakukan perubahan yang lebih baik. ARTIKEL BERKAITAN: Tiada duit nak kahwin, wanita terkejut tunang minta tanggung kos dulu... Beri alasan rezeki biasanya bertambah lepas nikah ARTIKEL BERKAITAN: Janda jatuh hati dengan duda 10 tahun lebih muda, tapi dilema nak nikah! Orangnya jenis dengar kata cuma baran, gaji kecil "Selama ini pun saya cuma berharap dia berubah menjadi lebih matang namun tak juga nak berubah. Dia lebih suka cari pasal supaya ada perbalahan. "Sekarang ni dia serkap jarang kata saya ada perempuan lain walaupun tuduhan dia tu betul. Tapi saya malas nak layan. Putuskan tunang tu... biarpun dia akan perit menerima, tapi kau memang tak layak untuk dia. NETIZEN "Dia siap ugut nak viralkan kalau dia tahu siapa perempuan tu," ujarnya. Hubungan yang semakin tegang antara mereka membuatkan dia tidak melihat masa depan cerah bersama dengan tunangnya itu. Pada masa sama, hatinya masih berbelah-bahagi kerana mengenangkan tunangnya itu banyak berjasa sepanjang hubungan mereka selama ini. "Sekarang ni saya rasa nak putus tunang je, cuma saya kasihankan dia. Walaupun perangai dia macam tu, tapi sisi baiknya dia selalu support saya. Kerap berhubung dengan si janda. -Gambar hiasan "Dia support dengan memberikan dorongan. Support dari segi duit juga. Kadang-kadang kalau saya sesak, dia akan bantu. "Entahlah jadi serabut dan tak tahu ke mana hala tuju," katanya yang buntu dalam membuat keputusan. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan pendedahan lelaki itu bukan sekadar mempersoalkan kematangan, malah kesetiaan dalam berpasangan. "Janda memang pandai ambil berat sebab dia nak kan kau. Tunang kau tu nak bermanja-manja sebab dia nak kan perhatian kau. "Putus lagi baik bro. Sekarang kau dah curang, kalau dah kahwin belum tentu kau setia. Jadi, putuslah tunang sebab kau boleh dapat yang lebih baik. "Putuskan tunang tu. Biarpun tunang kau tu akan perit menerima, tapi sebab kau memang tak layak untuk dia," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube