SUAMI isteri berkerjaya pastinya memerlukan seseorang untuk menjaga anak-anak namun mencari pengasuh yang baik bukannya mudah seperti disangka. Begitulah juga bagi seorang wanita yang terpaksa berhadapan dengan kerenah pengasuh baharu. Sejak menghantar anak-anaknya di rumah pengasuh, wanita itu meluahkan tentang sikap pengasuhnya yang seperti tidak sabar menunggu upahnya dibayar setiap bulan. "Pernahkah kamu dapat pengasuh yang tak habis-habis ingatkan pasal gaji? Ini pertama kali saya dapat pengasuh macam ni. "Saya baru tukar pengasuh, yang lama dah pindah rumah jauh. Pengasuh ni sejak sebelum mula jaga sehingga nak hujung bulan ni tak habis-habis ingatkan untuk transfer kalau gaji dah masuk," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial. Sebagai wanita berkerjaya, kebanyakan masa dihabiskan di pejabat. -Gambar hiasan Rimas diingatkan setiap masa, wanita itu menjelaskan kepada pengasuh berkenaan mengenai bayaran akan dibuat tepat pada masanya. "Sudah cakap dengan dia, tak pernah lagi saya lewat bayar gaji pengasuh anak," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Suami baran bincang bab pengasuh, suruh isteri ‘resign’ jaga anak! Wanita kerja ‘gomen’ resah fikir hutang rumah, 2 buah kereta ARTIKEL BERKAITAN: Pengasuh selalu bagi bayi tengok TV, ibu muda nak tegur tapi takut sentap! Terhutang budi sebab sudi jagakan anak Mengimbas kembali pengalaman menggajikan pengasuh, kata wanita itu dia pernah mendapatkan khidmat daripada tiga individu sebelum ini. "Ketiga-tiga pengasuh ini saya hantar dulu, baru bayar. Pernah juga dapat pengasuh yang bayar dulu, baru hantar. "Tapi yang itu kata tak boleh mengasuh masa hari pertama nak hantar. Sejak itu, saya tak ambil dah pengasuh yang bayar dulu baru hantar," ujarnya. Saya cakap berlapik sebab dia dah jaga anak kita. Jadi, kita kena jaga hati dia WANITA Walaupun berasa kurang selesa diasak tentang upah berkali-kali, dia bagaimanapun menahan sabar kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan. "Saya cakap berlapik sebab dia dah jaga anak kita. Jadi, kita kena jaga hati dia la. Lagi-lagi dia tua daripada saya. Suami turut kerap menerima mesej daripada pengasuh. -Gambar hiasan "Dia dah tanya selalunya bila gaji kami masuk. Saya cakap setiap hujung bulan. Lepas gaji masuk je mesti terus settle komitmen dulu. "Risau esok pagi buta WhatsApp lagi tanya pasal gaji. Gaji suami masuk pukul 7 malam," katanya. Baginya sebagai majikan, dia mengakui tidak suka pengasuh yang meminta bayaran pendahuluan (advance) atau gaji awal. "Risau kalau tak berkenan cara jaga. Tapi kita dah bayar penuh, bukan boleh minta balik," katanya. Pada masa sama, dia tidak terfikir untuk mencari pengasuh baharu kerana anak-anaknya sudah mula selesa dengan keluarga pengasuh tu. "Kasihan dekat anak sebab mereka dah rapat dengan anak-anak dia. Maksudnya dah okey. Kalau saya tukar, kena hadap lagi anak nangis seminggu tak nak kena tinggal di rumah pengasuh. "Kalau bulan depan dia tanya lagi, saya transfer bayaran secara harian," katanya secara sinis. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube