suria

Nak sangat kahwin tahun depan, wanita kumpul kekuatan pinang bekas teman lelaki... Dulu putus kerana terlalu sibuk

Mengikut adat orang Melayu, biasanya kaum lelaki yang akan memulakan langkah untuk mendirikan rumah tangga. -Gambar hiasan

MENGIKUT adat resam Melayu, orang lelaki akan meminang wanita pilihan mereka sebagai langkah permulaan ke alam perkahwinan.

Namun mengikut ajaran Islam, hukumnya adalah harus sekiranya kaum Hawa yang mahu meminang lelaki pilihan mereka.

Di laman X, seorang gadis tempatan turut meraih perhatian selepas dia meluahkan hasrat untuk meminang bekas teman lelakinya.

meminang (2)

Kekangan jarak dan masa boleh menjadi punca retaknya sesebuah hubungan. -Gambar hiasan

Menurut gadis berusia 24 tahun itu, dia merancang untuk meminang lelaki berkenaan, namun bimbang akan persepsi orang sekeliling.

"Boleh tak perempuan masuk meminang lelaki? Aku sebenarnya nak meminang bekas teman lelaki aku. Kami putus sebab masalah komunikasi.

"Tiada orang ketiga dan hubungan kami baik-baik saja. Patutnya nak kahwin dah tahun depan, tapi jadi macam ni buntu kejap.

Kami masih contact macam biasa, cuma tak rapat... doakan aku dapat kahwin tahun depan tau.

GADIS BUNTU

"Aku buat keputusan nak je masuk meminang dia, tapi takut orang zaman sekarang fikir aku terdesak," tulisnya.

Bercerita lanjut, gadis itu berkata hubungan mereka mula bermasalah kerana kekangan masa dan jarak.

Namun jika rancangannya itu berjaya, dia sebolehnya mahu mendirikan rumah tangga pada tahun 2025.

ARTIKEL BERKAITAN: Rombongan meminang hantar 70 dulang hantaran, perjanjian hanya 9 berbalas 11... Penuh rumah famili perempuan

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki muda gaji RM1,200 makan sekali sehari sebab nak meminang, wanita pendapatan 8 kali ganda ‘naik’ takut... Tak sangka si dia serius

"Aku tak ada masa untuk dia. Itu je. Awal-awal tu masing-masing tengah sibuk ambil ijazah. Perhubungan jarak jauh (PJJ) lagi. Memang aku atau dia tak ada orang ketiga.

"Memang bukan jenis kami untuk simpan atau buat macam tu. Aku buntu sangat, boleh aku minta idea macam mana nak first move untuk masuk meminang dia?

"Kami masih contact macam biasa, cuma tak rapat. Doakan aku dapat kahwin tahun depan tau," ujarnya sambil menambah hubungan mereka juga direstui kedua-dua belah keluarga.

Di ruangan komen, netizen berkata tidak salah untuk gadis itu meminang lelaki tersebut.

meminang (1)

Wanita yang mengejar cinta lelaki biasanya digelar sebagai perigi cari timba. -Gambar hiasan

Namun, mereka turut meminta gadis itu agar tidak tergopoh-gapah dalam memulakan langkahnya.

"Tengok dulu mak dia jenis open minded ke tidak. Kalau jenis Melayu tradisional, elakkan sebab nanti digelar perigi cari timba. Susah dah kahwin nanti kalau first impression tak baik.

"Berkawan baik-baik dulu lepas tu ajak ke arah serius, ke arah perkahwinan. Ajak je, jangan pergi meminang dia kak. Apabila dah setuju, tanya bila nak datang merisik?

"Chill je jangan terburu-buru. Kalau kena reject tak ada la malu sangat," tulis beberapa pelayar X.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain