suria

Penemuduga terkejut calon kerja Gen Z terlalu berani, mesej di WhatsApp minta pinjam RM1,500 - “Saya bukan kawan dia”

Setiap calon temu duga kerja mempunyai ragam tersendiri. -Gambar hiasan

RUNGUTAN tentang sikap dan adab generasi Z atau Gen Z yang mula memasuki dunia pekerjaan sudah banyak dikongsikan di media sosial.

Rata-rata bersetuju generasi terbabit mempunyai perwatakan unik dan perlu diberi perhatian sewajarnya.

Terkini seorang wanita yang terlibat dalam proses pengambilan pekerja baharu di syarikat dia bekerja dikejutkan dengan mesej peribadi daripada seorang calon temu duga yang ingin meminjam wang dalam jumlah besar.

Kongsi individu dikenali sebagai Dian Salji itu, dia tidak menyangka calon berkenaan begitu berani berbuat demikian memandangkan mereka saling tidak mengenali secara rapat.

Wanita ini pada awalnya ingin membantu, namun alasan diberikan calon pekerja membuatkan dia kurang selesa. Gambar hiasan

Wanita ini pada awalnya ingin membantu, namun alasan diberikan calon pekerja membuatkan dia kurang selesa. Gambar hiasan

“Gen Z memang luar biasa. Saya menerima text daripada salah seorang calon temu duga kerja beberapa bulan lalu untuk meminjam RM1,500.

“Terkejut saya. Saya bukan kawan dia. Saya adalah penemuduga kerja mewakili syarikat ketika itu,” ujarnya memulakan cerita.

Tambah Dian, dia kemudiannya bertanya apakah alasan individu berkenaan mahu meminjam wang daripadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kawan hantar mesej nak pinjam duit? Jangan terus bagi, kena ada rasa curiga demi elak scammer

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan merayu pinjam duit, sudahnya minta bayar hutang dilayan macam pengemis... Alasan nak beli baju, kuih raya

“Dia jawab ada masalah keluarga, bulan ini tiada gaji dan komitmen dia tinggi.

“Saya kemudian meminta maaf kepadanya dan menjelaskan kepadanya komitmen saya juga tinggi.

“Saya menasihati dia untuk cuba tanya kawan-kawan rapat. Saya masih terfikir-fikir, kenapa dia berani betul approach saya? Kami bukan kenalan pun,” luahnya.

Berkongsi lanjut, wanita itu mendedahkan secara kebetulan calon berkenaan diterima untuk bekerja selepas lulus sesi temu duga.

Bukan nak memihak pada generasi saya, tetapi mungkin WhatsApp dia kena hacked.

WARGA MAYA

Bagaimanapun calon terbabit perlu memberikan notis berhenti kerja selama dua bulan di syarikat tempat dia bekerja.

“Jadi, sepatutnya dia akan mula kerja di syarikat kami pada Disember. Tapi tiba-tiba dia dapat kerja lain dan tak jadi masuk syarikat kami.

“Dia tanya pula ada kerja sambilan tidak? Dengan kadar segera saya maklum padanya tiada buat masa ini,” ujarnya.

Menurut wanita itu lagi, dia kurang pasti sejauh mana individu terbabit terdesak untuk mendapatkan wang dalam jumlah yang banyak.

Generasi hari ini dikatakan lebih lantang dalam berbicara. Gambar hiasan

Generasi hari ini dikatakan lebih lantang dalam berbicara. Gambar hiasan

“Mungkin scam, mungkin tidak. Saya tiada jawapan. Tapi dia WhatsApp daripada nombor telefon dia.

“Memang niat saya nak tanya terlebih dahulu, sebab saya pun ada anak. Kalau anak dia sakit, saya sedia untuk membantu.

“Tapi jawapan diberikan buat saya turn off. Tambahan pula saya cuma jumpa dia sekali ketika interview. Kalau awak di tempat saya, awak akan rasa pelik tak?” soalnya kepada warga maya.

Perkongsian wanita ini mendapat perhatian warga maya apabila ada yang mendakwa berkemungkinan situasi itu adalah taktik scam menggunakan nombor telefon calon berkenaan.

"Bukan nak memihak pada generasi saya, tetapi mungkin WhatsApp dia kena hacked.

"Macam ayah saya pernah kena scam, dia tekan link mesej kawan dia nak minta pinjam RM1,500 alasan yang sama. Ayah saya transfer tapi dia minta lagi RM500.

"Ada kemungkinan bukan dia tapi scammer. Saya pernah dapat WhatsApp daripada bekas majikan nak pinjam duit... tapi sebenarnya bukan dia yang minta," kongsi warganet.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain