SEMUA sedia maklum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi manfaat untuk kehidupan di hari tua kepada pencarumnya selepas bersara daripada mana-mana perkhidmatan. Andai ditakdirkan pencarum itu meninggal dunia sebelum dapat menikmatinya, maka waris bakal menerima simpanan itu nanti. Bagaimanapun di media sosial lain pula ceritanya apabila seorang lelaki mendakwa teruk menjadi mangsa cacian warga maya khususnya kaum wanita selepas bertanyakan kaedah untuk memastikan isterinya tidak menerima simpanan berkenaan sekiranya dia meninggal dunia. Remuk hati suami selepas mendapati isteri melahirkan anak hasil hubungan dengan rakan sendiri. - Gambar hiasan "Baru ni saya tanya tentang tak nak beri duit KWSP saya kepada isteri, tapi kebanyakan perempuan maki saya," luah lelaki berkenaan. Individu yang tidak mendedahkan identiti itu kemudian menceritakan lebih jelas sebab dan alasan dia enggan memberikan wang simpanan KWSP berkenaan kepada isterinya. ARTIKEL BERKAITAN: Hidup tak tenang dapat suami suka menggatal, paling teruk curang masa dalam pantang... Isteri menyesal nikah lelaki tak sekufu ARTIKEL BERKAITAN: Suami kantoi curang lagi, wanita nekad cerai selepas bersalin... Remuk hati dapat tahu penyondol beri nama anak "Tujuan saya tak nak beri dia KWSP ialah itu saja harta yang saya ada. Isteri saya pernah curang sehingga lahirkan anak kawan saya. "Saya maafkan dia tapi saya tak lupa. Oleh itu saya tak nak harta saya pergi pada dia," luah lelaki berkenaan di satu kumpulan komuniti Facebook. Isteri saya pernah curang sehingga lahirkan anak kawan saya. PENGADU Perkongsian itu mendapat reaksi simpati ahli komuniti namun ada juga dalam kalangan warga maya mendesak supaya doa berpisah dengan wanita terbabit. "Bang, kalau bini dah curang sampai tahap lahirkan anak daripada benih orang lain, baik kau cerai je... jangan jadi dayus sangat. "Kalau luka tu masih ada, amarah masih ada, dendam masih ada... untuk apa terima dia semula? Kenapa suka renyahkan keadaan?," soal warga maya. Sementara itu, ada juga warga maya yang turut berpandangan wanita berkenaan tidak berhak untuk mendapat simpanan berkenaan kerana pernah berlaku curang terhadap suaminya. Luahan suami dan reaksi netizen "Kalau itu ceritanya, isteri tuan tak layak terima apa-apa pun daripada tuan sebab dia sudah khianat dan nusyuz terhadap tuan. "Duit KWSP bukan harta sepencarian. Namun apabila berlaku kematian kepada pencarum, duit itu boleh dikeluarkan oleh si penama (awak letak nama orang yang awak percaya) dan wajib difaraidkan. "Kecuali awak ada buat wasiat. Boleh pergi ke as-salihin untuk buat wasiat," terang warga maya. Semakan mStar di laman web KWSP mendapati, sekiranya pencarum meninggal dunia, kesemua bahagian simpanan KWSP akan diberikan kepada penama yang diberikan sendiri oleh pencarum. Sekiranya tiada penama, bagi pencarum yang sudah berkahwin, balu atau duda pencarum, anak-anak, ibu bapa atau pentadbir pusaka boleh memohon. Namun jika masih belum berkahwin, ibu bapa atau pentadbir pusaka boleh memohon. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube