IBARAT sudah habis madu, sepah dibuang! Demikianlah situasi yang melanda perkahwinan pasangan ini yang hanya mampu bertahan kira-kira 10 tahun gara-gara sikap suami yang mementingkan diri sendiri. Kisah pasangan itu dikongsikan kembali oleh seorang pemilik akaun TikTok berdasarkan luahan seorang wanita mengenai kisah rumah tangganya, bertujuan meminta pandangan daripada warga maya. Menurut pemilik akaun TikTok berkenaan, wanita itu bakal diceraikan hanya kerana tidak mempunyai pekerjaan sekali gus dianggap beban oleh suaminya. Penceraian bakal memberi impak yang besar kepada kedua-dua pihak, terutamanya anak-anak. -Gambar hiasan "Suami nak bercerai dengan isteri atas alasan isteri pemalas dan tak bekerja. "Anak lima orang, dah berkahwin selama 10 tahun. Nafkah setiap bulan suami bagi RM350," tulisnya dalam hantaran tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Suara suami terketar-ketar terjah bini dekat pondok polis, dakwa curang dengan anggota penguat kuasa ARTIKEL BERKAITAN: Suami terlantar sakit curang dalam wad hospital, main cinta dengan bini pesakit katil sebelah... Lepas sihat terus cerai isteri! Tambah individu tersebut, si isteri bagaimanapun sudah dapat menghidu niat sebenar suaminya yang menjadikan dirinya tidak bekerja sebagai alasan untuk berpisah. Lebih menyakitkan, ibu mentua kepada wanita tersebut sendiri 'merestui' tindakan anaknya kerana mahukan seorang menantu yang berkerjaya. Ada mentua suka menantu bekerja, ada mentua tak suka. Siap suruh bercerai kalau tak berhenti kerja. Pelik karenah orang. NETIZEN "Yang sebetulnya, suami dah ada orang lain... mak mentua pula sokong dan pinangkan untuk suami. "Kau juga yang minta isteri kau berhenti kerja, nafkah bagi RM350 mana cukup. Mak mentua pun tak boleh nak tegur atau nasihat ke anak lelaki tu? "Mak dan anak sama naik perangai semata-mata nak menantu ada duit. "Tak fikir pengorbanan isteri beranak sampai lima orang berhenti kerja sebab nak berjimat," tulis individu berkenaan lagi, berdasarkan penceritaan wanita tersebut. Perkongsian pandangan daripada netizen. Perkongsian berkenaan ternyata mengundang rasa simpati warga maya sambil mengakui kisah yang hampir sama turut dialami orang di sekeliling mereka. "Memang wujud kes mentua macam ni. Macam saya, mak mentua suruh suami duduk dengan dia. Akhir sekali anak dia kantoi curang. Mak mentua salahkan saya, cakap saya tengah mengandung, tak penyabar penyebab suami makan luar. "Ada mentua suka menantu bekerja, ada mentua tak suka. Siap suruh bercerai kalau tak berhenti kerja. Pelik karenah orang. "Inilah yang berlaku pada aku. Mak suami dan adik beradiknya hasut untuk ceraikan aku. Si lelaki pula siap cakap aku saja yang salah dalam perkahwinan," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube