SELAIN membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang, salah satu tanggungjawab ibu bapa yang amat penting adalah menyediakan pendidikan buat mereka. Setiap anak berhak untuk mendapat pendidikan lantaran ia adalah satu bentuk hak asasi demi masa depan mereka. Bagaimanapun ada segelintir ibu bapa yang kurang mengambil berat soal pendidikan anak mereka dengan memberikan alasan tertentu, sehingga akhirnya mengalami keciciran. Dalam satu hantaran di laman grup Facebook, seorang pelayar meluahkan kebimbangan terhadap masa depan anak-anak saudaranya kerana mereka diabaikan oleh bapa sendiri. "Abang saya mempunyai tiga orang anak. Pertama 19 tahun (A), 15 tahun (B) dan sembilan tahun (C). A gagal Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tidak sambung mana-mana. B hanya bersekolah sehingga 12 tahun sahaja. C hanya bersekolah agama tidak sekolah kebangsaan," tulisnya. Pendidikan juga adalah salah satu keperluan asas yang wajar disediakan oleh ibu bapa buat anak-anak mereka. -Gambar hiasan Menurut pelayar itu yang tidak mendedahkan identiti diri, dia pernah menyuarakan cadangan kepada abangnya agar ketiga-tiga anaknya itu diberikan pendidikan yang bersesuaian mengikut kemampuan akademik masing-masing. Malah dia sendiri sanggup bersusah payah membantu mencari institusi pendidikan yang sesuai kerana tidak mahu melihat anak-anak buahnya terbiar dan tidak bersekolah. Namun ujarnya, jawapan yang diberikan oleh abangnya membuatkan dia benar-benar kecewa. ARTIKEL BERKAITAN: Takut tak ada kawan, rela jadi badut sekolah asrama penuh! Paling malu diperbodohkan depan pelajar perempuan ARTIKEL BERKAITAN: Eloklah rampas, rotan la! Mak izin cikgu hukum anak di sekolah... Tak terkejut pengetua jumpa vape, telefon dalam beg "Saya pernah cadangkan A untuk bersekolah kemahiran semasa habis tingkatan tiga memandangkan dia kurang pandai dalam akademik. Saya sudah survey sekolah sesuai, dapat elaun bulanan, tetapi mereka tidak bersetuju. "B seorang yang lembam, tidak pandai tulis dan baca. Saya syak ada masalah sejak masa kecil dulu, tapi mereka tidak mahu jumpa doktor. Dulu saya suruh masukkan ke sekolah khas tetapi mereka tidak mahu. "Saya siap pergi ke sekolah khas, minta borang, kemudian jumpa guru kelas di sekolah kebangsaan tapi seperti kes A, mereka menolak dengan alasan jangan campur urusan mereka," kongsinya. Bukan pengabaian. Tapi parents tak hantar anak ke sekolah rendah melanggar akta pendidikan. NETIZEN Begitu juga dengan anak saudaranya yang bongsu, langsung tidak mampu mengenal abjad biarpun sudah berusia sembilan tahun. "Ketiga-tiganya hanya duduk di rumah, tidak belajar pun. Hanya bermain, makan dan tidur. "Saya sangat kasihankan anak saudara saya kerana pelajaran mereka diabaikan. Saya risaukan masa depan mereka. "Adakah ini dikira pengabaian dan boleh dilaporkan? Saya sangat sedih memikirkan nasib mereka nanti tetapi tidak tahu bagaimana mahu menolong," luahnya lagi. Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan. Perkongsian pelayar berkenaan mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya menzahirkan simpati selain turut menyuarakan kebimbangan dengan nasib ketiga-tiga anak saudaranya. Dalam masa yang sama, mereka turut berkongsi pelbagai cadangan sebagai solusi kepada situasi dihadapi. "Ya ada ibu bapa macam ni. Parents saya pun tak bawa anak-anak dia ke hospital jumpa doktor. Saya dah dewasa usaha sendiri ke hospital untuk dapatkan diagnos dan rawatan. "Cuba dapatkan rundingan dan pendapat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk anak-anak tu. "Bukan pengabaian. Tapi parents tak hantar anak ke sekolah rendah melanggar akta pendidikan. "Boleh lapor kepada JKM atas sebab pengabaian," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube