suria

Tindakan ‘sound’ majikan berhasil, petangnya staf terus dapat bayaran penuh - “Angkat motosikal reti, gaji bila nak bayar?”

Seorang individu berhenti kerja selepas mengetahui sikap sebenar majikan. -Gambar hiasan

SEORANG individu meluahkan rasa kesal apabila majikannya didakwa culas membayar gaji yang sepatutnya diterima setiap bulan.

Membuat luahan di media sosial, lelaki itu berkata dia bertambah kecewa setelah mengetahui majikannya bukan tidak mempunyai wang seperti mana dimaklumkan kepadanya.

Perkara itu terbongkar sewaktu dia meluangkan masa melepak bersama seorang rakannya yang merupakan adik kepada majikan.

"Bila hubungi majikan kau tanya fasal gaji, dia cakap payment tak dapat lagi. Dia minta tolong sepupu yang mana rakan perniagaan dia dahulukan duit untuk bayar gaji saya.

Seorang individu terkilan dengan sikap majikannya yang tidak jujur berhubung pembayaran gaji. -Gambar hiasan

"Sepupu dia pula kata tak ada duit. Saya pun tak boleh nak cakap apa. Kemudian petang tu, lepak dengan kawan saya yang mana adik kepada bos saya sendiri.

"Terkantoi la ye bos saya dengan sepupu tu siap angkat (beli) motosikal baharu secara tunai ye. Walhal, gaji saya yang separuh pun tak bayar," katanya.

Tanpa rasa teragak-agak, pengadu mengambil peluang menyindir majikannya yang pada ketika itu berbual melalui telefon dengan rakannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nekad ‘resign’ sebab gaji tak cukup, rupanya surat berhenti kerja dedah isu lain... Sindir halus majikan punca jadi gemuk

ARTIKEL BERKAITAN: Calon pekerja Gen Z mungkir janji, tak muncul sesi temu duga... Paling mengejutkan siap ‘block’ bakal majikan di WhatsApp!

Bagaimanapun, tindakan tersebut merupakan langkah terakhir yang dilakukan sebelum nekad untuk berhenti kerja di syarikat yang tidak didedahkan nama dan lokasinya itu.

"Saya dengan 'kering' je siap cakap masa dia tengah bercakap melalui telefon dengan adiknya. Angkat motor reti, gaji bila nak bayar? Terus petang tu juga bayaran penuh dapat.

"Kemudian itulah hari akhir saya kerja dengan bos dan angkat kaki. Rupa-rupanya sebelum-sebelum ni gaji saya lambat bayar, bos saya siap pergi oversea ya makan angin.

Sebab saya ingat kerja dengan orang yang keluarga saya kenal ni tak akan jadi benda-benda macam ni.

NETIZEN

"Dia lupa ke kewajipan dia pertama sebagai majikan adalah (bayar) gaji pekerja," ujarnya dalam hantaran berkenaan.

Dalam pada itu, dia turut berasa kesal dengan keputusannya sebelum ini yang memilih bekerja di syarikat tersebut dengan menolak tawaran kerja dengan gaji sederhana tetapi mempunyai komisyen dan dibayar kerja lebih masa.

Katanya, keputusan itu dibuat kerana menyangka lebih mudah bekerja dengan individu yang sudah dikenali, tetapi berlaku sebaliknya.

"Silap saya dulu tolak tawaran kerja walaupun gaji tak sebesar mana tapi sekurang-kurangnya ada over-time (bayaran kerja lebih masa) dan komisyen.

Komen beberapa netizen di media sosial.

"Sebab saya ingat kerja dengan orang yang keluarga saya kenal ni tak akan jadi benda-benda macam ni," katanya.

Hantaran dikongsikan ini meraih perhatian netizen yang turut tidak bersetuju dengan tindakan majikannya..

"Sebenarnya kerja dengan orang yang kita kenal ni la yang mereka akan ambil kesempatan dekat kita.

"Carum KWSP (Kumpulan Simpanan Wang Pekerja) tak tu? Kalau bos tak bayar, pergi lapor la biar melingkup syarikat macam ni. Nanti aniaya orang lain lagi lepas ni," komen beberapa warganet.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain